PENGAJIAN AUDIOLOGI DI MALAYSIA
Audiologi merupakan satu bidang sains yang mengkaji pendengaran, keseimbangan badan dan kecelaruan yang berkaitan serta cara mengurus masalah berkenaan melalui ujian pendengaran tertentu. Program audiologi merangkumi anatomi, fisiologi, akustik, linguistik, perkembangan pertuturan bahasa, kaunseling, kecelaruan komunikasi, penilaian, intervensi dan pengurusan kecelaruan yang berkenaan.
Terdapat tiga (3) buah universiti awam yag menawarkan kursus Sarjana Muda Audiologi di Malaysia iaitu:
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Sumber: https://www2.mqa.gov.my/qad/v2/garispanduan/2019/July/PS%20Medical%20BM.pdf