PENGAJIAN KEJURURAWATAN DI MALAYSIA
Kejururawatan merangkumi penjagaan secara autonomi dan kolaboratif individu dari semua peringkat umur, keluarga, kumpulan dan masyarakat, sakit atau baik dan dalam semua keadaan. Ia termasuk promosi kesihatan, pencegahan penyakit, dan penjagaan orang sakit, kurang upaya dan mati. Program kejururawatan melatih individu untuk menjadi seorang jururawat profesional yang berdaftar di bawah Lembaga Jururawat Malaysia. Pelatih akan diajar segala selok-belok perawatan moden dalam bentuk teori dan praktikal .
Sembilan (9) buah universiti awam menawarkan Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan kepada pelajar lepasan Matrikulasi/ Asasi Sains.
Enam (6) buah universiti menawarkan kursus bersama-sama temu duga iaitu;
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Tiga (3) buah universiti hanya menetapkan syarat khas kemasukan iaitu;
Universiti Malaya (UM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)