PENGAJIAN PENDIDIKAN SAINS RUMAHTANGGA/EKONOMI RUMAHTANGGA DI MALAYSIA
Program Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga) bertujuan untuk melatih guru yang berupaya mengajar sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran di sekolah menengah akademik dan teknik manakala kursus ekonomi rumahtangga diwujudkan sebagai kesinambungan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Rendah.
Dalam kursus Pendidikan Sains Rumahtangga, pelajar dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran teknikal dalam bidang makanan dan pemakanan, rekaan dan jahitan pakaian, persolekan dan dandanan rambut sebagai bidang utama. Pelajar juga dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran dalam bidang pendidikan Kemahiran Hidup atau Pendidikan Sains sebagai pilihan tumpuan kedua di samping ilmu pendidikan dan kemahiran mengajar. Manakala dalam Pendidikan Ekonomi Rumahtangga unsur nilai murni dan keusahawanan diberi penekanan merentas tiga bidang iaitu Makanan dan Pemakanan, Pakaian, dan Keluarga dan Tempat Kediaman.
Sumber: https://educ.upm.edu.my/kandungan/bacelor_pendidikan_sains_rumahtangga-2797
Terdapat dua (2) buah universiti awam yang menawarkan kursus Sarjana Muda Pendidikan Sains Rumahtangga/ Ekonomi Rumahtangga di Malaysia iaitu:
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)