PENGAJIAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI DI MALAYSIA
Dasar Pendidikan Digital dirangka bagi memupuk bakat digital yang berpengetahuan, berkemahiran dan beretika dalam penggunaan teknologi digital. Tumpuan akan diberi untuk meningkatkan penguasaan murid dalam teknologi digital, memperkaya kandungan digital yang berkualiti, memperkasa kompetensi guru, dan membudayakan penggunaan teknologi digital dalam kalangan pemimpin pendidikan.
Terdapat tiga (3) buah universiti awam yang menawarkan kursus sarjana muda Pendidikan Teknologi/ Teknologi dengan Pendidikan di Malaysia iaitu:
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Utara Malaysia (UUM)