PENGAJIAN PENDIDIKAN SENI/MUZIK/SENI REKA DI MALAYSIA
Mengikut Kamus Dewan Edisi Baru, seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Sehubungan dengan itu, untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan, penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri kurniaan Allah swt.
Seni dalam Pendidikan menggabungkan tiga elemen penting iaitu seni visual, seni pergerakan dan seni muzik. Dalam seni visual ia lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari
Terdapat dua (2) buah universiti awam yang menawarkan Pendidikan Seni iaitu;
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)