PENGAJIAN PENDIDIKAN SAINS SUKAN/JASMANI DI MALAYSIA
Sains Sukan ialah satu bidang ilmu pengetahuan untuk mengurus dan memahami seluruh faktor gerak laku manusia dalam aktiviti sukan dan cara untuk meningkatkan prestasi lakuan motor manusia ke tahap yang optimum. Bidang ini wujud selari dengan perkembangan teknologi moden dan dilaksanakan secara terancang dan sistematik. Disiplin ilmu dalam bidang ini menggabungjalinkan kajian gerak laku manusia secara teori dan amali. Disiplin ini merangkumi aspek-aspek falsafah dan dasar, anatomi dan fisiologi manusia, fisiologi senam, pemakanan sukan, psikologi sukan, sosiologi sukan, biomekanik dan kawalan motor, kecederaan dan rehabilitasi, prinsip dan kaedah latihan sukan serta pengurusan sukan. Ilmu ini memberi kefahaman asas tentang keperluan untuk berjaya dalam sukan di peringkat tertinggi.
Terdapat lima (5) buah universiti awam yang menawarkan kursus Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan/Pendidikan Jasmani/ Kesihatan di Malaysia iaitu:
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Sumber: