PENGAJIAN PENDIDIKAN SAINS/ SAINS DENGAN PENDIDIKAN/ PENDIDIKAN MATEMATIK DI MALAYSIA
Kepentingan Pendidikan Sains dalam meningkatkan perkembangan sosioekonomi dan taraf hidup masyarakat di negara ini telah tercatat dalam Penyata Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi1966 (para 100): “Pentingnya ilmu sains dan teknologi dalam memajukan kedua-dua sumber (tenaga manusia dan alam) ini tidak boleh diperingankan. Satu asas yang kukuh dalam mata pelajaran Sains dengan kadar tenaga manusia secukupnya membuat pengkhususan dalam berbagai-bagai lapangan sains adalah penting bukan sahaja untuk penyelidikan tetapi juga untuk pembangunan.”
Pendidikan STEM adalah berasal daripada singkatan SMET iaitu Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi.
Kemudian, National Science Foundation (NSF) meringkaskan pula kepada STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Dalam konteks Malaysia, STEM merujuk kepada dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar.
Terdapat enam (6) buah universiti awam yang menawarkan kursus sarjana muda Pendidikan Sains/ Sains dengan Pendidikan di Malaysia iaitu:
Universiti Malaya (UM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)