PENGAJIAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA
Pendidikan khas merupakan suatu program pengajaran berupa perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas (MBK) yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Khas) bertujuan untuk melahirkan pendidik Pendidikan Khas yang terlatih, dinamik, dan kompeten untuk mengajar individu berkeperluan khas berbekalkan kemahiran dan pengetahuan yang perlu serta berupaya mempraktikkan pembelajaran sepanjang hayat.
Terdapat tiga (3) buah universiti awam yang menawarkan kursus Pendidikan Khas di Malaysia iaitu:
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI)