PENGAJIAN PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING/ KAUNSELING DI MALAYSIA
Bimbingan didefinisikan sebagai ‘suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka’ (Shertzer & Stone, 1992; Suradi, 1996) manakala kaunseling merupakan suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yg dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling utk mencapai suatu perubahan, kemajuan, dan penyesuaian yg holistik, baik dan sukarela pd diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien. (Akta Kaunselor, 1998).
Program Bimbingan dan Kaunseling diadakan bertujuan untuk melatih guru-guru bimbingan dan kaunseling di sekolah dan ahli-ahli profesional untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bimbingan dan kaunseling selaras dengan kehendak Lembaga Kaunselor Malaysia. Bidang ini mampu melahirkan profesional yang dapat memberi khidmat kaunseling kepada sekolah, keluarga dan institusi umum di mana penekanan adalah dengan memberi pengetahuan yang mendalam kepada pelajar tentang teori-teori asas dalam kaunseling, kemahiran-kemahiran dalam kaunseling, membentuk sikap saintifik dan profesionalisme dalam diri pelajar supaya dapat melaksanakan tugas bimbingan dan kaunseling secara berkesan.
Terdapat lima (5) buah universiti awam yang menawarkan kursus Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia iaitu:
Universiti Malaya (UM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Hanya ditawarkan kepada pelajar STPM, STAM, Diploma