PENGAJIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA
Pendidikan Awal Kanak-Kanak memberi tumpuan kepada membangunkan kemahiran kognitif dan pembelajaran kanak-kanak (contoh: perhatian, ingatan, pemikiran), kemahiran motor (contoh: keseimbangan, mencengkam benda) dan pertumbuhan sosial-emosi (contoh: berkawan, berkongsi mainan, memahami tingkah laku yang baik dan buruk). Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kepujian) dirangka bertujuan untuk melatih serta menyediakan kemahiran pendidikan dan penjagaan kanak-kanak kepada para pelajar. Kursus dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak akan membantu bakal guru mengembangkan pengetahuan teras tentang cara kanak-kanak berkembang, belajar dan tingkah laku mereka. Bakal guru juga akan mempelajari pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran yang boleh menarik perhatian kanak-kanak, seperti belajar melalui permainan.
Terdapat tiga (3) buah universiti awam yang menawarkan kursus Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia iaitu:
Universiti Malaya (UM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Selain itu, kursus Sarjana Muda Pendidikan Awal kanak-kanak turut ditawarkan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) seperti berikut;
Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
UNITAR International University (UNITAR)
Widad University College
Kolej Polytech MARA (KPTM)
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (IPSAS)