PENGAJIAN UKUR BAHAN DI MALAYSIA
Bidang ukur bahan memainkan peranan penting di dalam projek pembinaan untuk memastikan pengurusan kos serta yang berkaitan dengannya diurus dengan tepat dan cekap. Kursus yang ditawarkan di universiti bertujuan melatih dan mengeluarkan juruukur bahan dan pembantu teknik ukur bahan yang cekap dan bertanggungjawab kepada masyarakat. Kursus ini juga cuba membawa pelajar mengenali dan memahami peranan setiap ahli kumpulan binaan yang berkaitan dengan kerja-kerja binaan seperti juruukur bahan, arkitek, jurutera struktur, elektrik dan mekanikal, kontraktor dan pembekal.
Terdapat enam (6) universiti awam menawarkan pengajian ukur bahan dan dua (2) daripadanya menawarkan sarjana muda ukur bahan bersama-sama temu duga sebagai syarat kemasukan.
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
*menawarkan sarjana muda ukur bahan dengan kepujian tanpa temu duga
Universiti Malaya (UM)
*menawarkan sarjana muda ukur bahan dengan kepujian tanpa temu duga
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
*menawarkan sarjana muda ukur bahan (kepujian) tanpa temu duga
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
*menawarkan sarjana muda reka bentuk perindustrian tanpa temu duga