PENGAJIAN SENI BINA LANDSKAP DI MALAYSIA
Seni bina landskap ialah bidang pelbagai disiplin, menggabungkan aspek reka bentuk bandar, seni bina, geografi, ekologi, kejuruteraan awam, kejuruteraan struktur, hortikultur, psikologi alam sekitar, reka bentuk perindustrian, sains tanah, botani dan seni halus. Dalam arkitek, bidang seni bina landskap bermaksud sains dan seni mengubah suai kawasan dengan menyusun atur sesuatu yang semula jadi termasuk penanaman atau pembinaan elemen-elemen secara terancang dalam suatu pelan komprehensif.
Terdapat lima (5) universiti awam yang menawarkan pengajian seni bina landskap. Empat (4) daripadanya merupakan universiti awam yang menawarkan kursus bersama-sama temu duga kepada para pelajar lepasan matrikulasi/ asasi sains.
Universiti Awam (UA):
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
*menawarkan Sarjana Muda Seni Bina Landskap (Kepujian) tanpa temu duga