PENGAJIAN SENI BINA DI MALAYSIA
Oxford Dictionary mengistilahkan seni bina sebagai salah satu kesenian dalam mereka bentuk sesebuah bangunan termasuk gaya rupa sesuatu bangunan manakala sarjana Islam Ibnu Khaldun dalam tulisannya Muqaddimah berpendapat bahawa seni bina merupakan satu daripada ciri ketamadunan yang penting kerana ia adalah mercu kegemilangan sesuatu bangsa atau negara dan keagungan serta ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur berdasarkan pencapaiannya dalam bidang seni bina. Secara umumnya, seni Bina adalah gabungan seni dan sains mereka bentuk sesebuah bangunan serta struktur fizikalnya yang didorong oleh daya kreativiti dan bersifat praktikal, untuk mencapai hasil yang mempunyai nilai estetik, berfungsi serta artistik.
Terdapat 14 buah Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) untuk Pengajian Seni Bina. 11 daripadanya merupakan universiti awam yang menawarkan kursus bersama-sama temu duga kepada para pelajar lepasan matrikulasi/ asasi, manakala tiga (3) buah lagi merupakan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Universiti Awam (UA):
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Malaya (UM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Taylors University
UCSI University Kuala Lumpur
Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL)