Selamat datang ke laman Future Skills for All!
Selamat datang ke laman Future Skills for All!
Salam sejahtera, semua!
Future Skills For All (FS4A) adalah sumber atas talian untuk memudahkan pengajaran dan menambahkan keseronokan dalam mempelajari kehebatan sains komputer.
Initiatif ini telah dilancarkan pada 24 Februari 2020 di Sabah bersama YB Jennifer Lasimbang, timbalan Menteri Kementerian Pendidikan dan Inovasi Sabah dengan kehadiran Dr Qhamariah Samu, timbalan pengarah Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan.
Sumber ini merangkumi lima siri, iaitu siri micro:bit, siri Robotik, siri HTML, siri python dan siri SQL.
Murid akan mempelajari asas pengaturcaraan micro:bit dengan membina projek haiwan yang comel.
Murid akan mempelajari asas pengaturcaraan bahasa Python dalam konteks aplikasi sains dalam kejadian harian.
Future Skills for All memperkasa guru untuk mengajar sains komputer dengan sumber dan panduan atas talian percuma. Murid boleh mengikuti pembelajaran pada kadar yang sesuai dengan tahap masing-masing.
Setiap pengajaran adalah suatu projek mini yang perlu murid bina dan boleh dimuat naik. Pengajaran dilengkapkan dengan video tutorial serta kuiz dan aktiviti interaktif.
Semua video tutorial dan aktiviti pengajaran micro:bit telah dibina berdasarkan DSKP subjek berkenaan, termasuk subjek RBT Tahun 5, ASK Tingkatan 1 dan 2 serta SK Tingkatan 4.