Ringkasan Pengajaran
Pengajaran ini memperkenalkan struktur kawalan pelbagai pilihan, operator perbandingan, peyataan Matematik dan operator logik dalam pengaturcaraan asas Python.
ASK Tingkatan 1
4.1.2 Menghasilkan aturcara yang melibatkan penggunaan pelbagai pilihan.
4.1.4 Membangunkan aturcara yang melibatkan penggunaan pelbagai pilihan, ulangan, pemboleh ubah dan operator Matematik.
ASK Tingkatan 2
3.1.3 Menghasilkan kod segmen menggunakan:
(i) fungsi input dan output.
(ii) operator perbandingan.
(iii) operator logik.
3.2.1 Menghasilkan aturcara yang melibatkan:
(i) struktur kawalan jujukan dalam penyelesaian masalah.
(ii) struktur kawalan pilihan dalam penyelesaian masalah.
(iii) struktur kawalan pilihan bersarang dalam penyelesaian masalah.
(iv) struktur kawalan ulangan dalam penyelesaian masalah.
ASK Tingkatan 4
1.4.2 Menulis aturcara menggunakan struktur kawalan pilihan dengan menggabungkan operator hubungan dan operator logik.
Peringatan cara untuk mengikut video:
Tonton video
Pause apabila terdapat praktis dalam video
Cuba bina dan uji aturcara Python sendiri
Ulang langkah 1 - 3 sehingga akhir video
Transkrip
Hello world! Selamat kembali ke siri Python episod yang ke-3. Dalam video yang lepas, kita melihat algoritma pemilihan yang hanya mempunyai 2 kemungkinan apabila pengguna memberikan maklumat berat dan tinggi mereka:
i) berat badan berlebihan atau
ii) berat badan yang IDEAL
Dalam kehidupan sebenar, kita sebenarnya mempunyai lebih dari 2 kemungkinan. Seseorang itu boleh mempunyai masalah kekurangan berat atau berat badan yang normal atau obese. Untuk video kali ini, kita akan melihat bagaimana caranya untuk membina sebuah perisian yang boleh memberikan lebih daripada 2 kemungkinan. Ini adalah struktur kawalan pelbagai pilihan.
Cuba lihat bagaimana pilihan-pilihan dikembangkan dengan lebih banyak pilihan seterusnya? Terdapat 4 jawapan yang boleh diberikan berdasarkan BMI yang dikira. Contohnya, selepas kita masukkan berat dan tinggi, aturcara Python telah membantu kita mengira BMI tersebut dan BMI yang didapati adalah 27.
Apakah langkah seterusnya? Pilihan mana yang akan dipilih? Pertama, komputer akan memeriksa jika BMI kurang daripada 18.5. Nope, BMI 27 lebih daripada 18.5. Komputer akan terus pilihan dalam algoritma sehingga lah syarat dipenuhi. Iaitu BMI antara 25 dan 29.9. Komputer akan paparkan “BMI anda dalam kategori berat berlebihan”. Sekarang kita tahu kita perlu jaga pemakanan dan tambahkan senaman dalam kehidupan seharian.
Jom kita cuba syarat yang pertama dalam bahasa pengaturcaraan Python. Yang ini mudah sahaja. Untuk membuatkan syarat seterusnya, ada 3 perkara yang perlu dipertimbangkan. Bagaimana nak tambahkan syarat? Bagaimana nak bina syarat di antara 18.5 hingga 24.9?
Kita boleh selesaikan masalah pertama dengan menggunakan kod pelbagai pilihan. Sintaksnya adalah seperti ini if syarat A: Jika syarat A, do A, buat A. Elif syarat B, jika bukan syarat A tetapi syarat B, do B, buat B. Elif syarat C, jika bukan syarat B tetapi syarat C, do C, buat C. Else: kalau tak memenuhi mana-mana syarat, do D, buat D.
Kita boleh nampak yang kita mempunyai beberapa syarat yang berbeza. Bergantung kepada syarat yang betul, arahan kod seterusnya akan dilaksanakan. OK. Masalah seterusnya lebih mencabar. Bagaimanakah kita mewakili syarat “di antara 18.5 - 24.9”? Kita boleh pecahkan masalah ini kepada beberapa langkah yang mudah.
Pertama, kita tukar ayat ini kepada penyataan Matematik. Penyataan ini ada 2 bahagian. Bahagian di sebelah kiri, X adalah lebih kecil daripada 24.9 dan di bahagian kanan, x adalah lebih besar daripada 18.5. Suatu nombor dikatakan berada dalam julat ini jika nombor tersebut adalah lebih kecil daripada 24.9 dan lebih besar daripada 18.5.
Taipkan kod seperti anda akan taipkan penjelasan tadi dalam bahasa Inggeris. BMI > 18.5 and BMI < 24.9. Macam tu sahaja, anda dah pun taipkan syarat yang Python boleh faham! Perkataan “and” adalah salah satu jenis operator logik. Terdapat 3 operator logik iaitu and, or dan not. Bagaimanakah operator logik ini berfungsi? Bergantung kepada syarat A dan B, syarat baru akan dikira.
"And" - kedua-dua syarat ini mestilah syarat yang benar. True untuk arahan seterusnya dilaksanakan. Bayangkan ibu kamu memberitahu kamu: “kamu boleh keluar dengan kawan hanya jika anda sapu lantai dan kemas bilik tidur.” Untuk syarat “keluar dengan kawan” boleh dijalankan, kedua-dua syarat sebelumnya perlu dipenuhi.
Dalam operator logik “or” - atau, kita hanya perlu memerlukan salah satu syarat yang benar untuk syarat seterusnya dilaksanakan. Ini bersamaan dengan pernyataan - “Jika anda minta ibu anda kejut or/atau anda set alarm”, anda bangun awal. Jika salah satu daripada kondisi ini adalah benar, sama ada ibu anda bangunkan anda atau alarm yang diset berbunyi, anda akan bangun awal.
Untuk operator logik “not”, anda hanya perlu gunakan satu syarat. Operator logik “not” terbalikkan suatu penyataan. Jika suatu penyataan itu benar, logic operator akan terbalikkan syarat penyataan tersebut untuk menjadi palsu atau false. Kita cuba dengan penyataan ini: “Anda boleh mendapat keputusan yang cemerlang jika anda tidak tidur di dalam kelas. Jadi, jika anda tidur, tidur adalah benar, maka mendapatkan keputusan cemerlang adalah palsu. Sebaliknya adalah benar. Jika anda tidak tidur, tidur itu adalah palsu, maka mendapatkan keputusan cemerlang menjadi benar.
Sekarang, kita boleh membina kod untuk memeriksa BMI. Saya rumuskan video kali ini. Kita telah belajar:
1) algorima pelbagai pilihan.
2) operator logik.
Sebagai cabaran untuk anda, cuba bina sebuah program yang memeriksa kadar jantung rehat. Program anda mestilah mampu memberitahu pengguna kadar jantung mereka jatuh dibawah kategori mana.
Selamat mencuba!
Carta alir struktur kawalan pelbagai pilihan
Sintaks atur cara python
Carta rujukan tahap kesihatan berdasakan jantina, lingkungan umur dan kadar denyutan jantung rehat: