Ringkasan Pengajaran
Pengajaran ini memperkenalkan struktur kawalan pilihan bersarang, pernyataan Matematik dan penggunaan identasi dalam pengaturcaraan asas Python.
ASK Tingkatan 1
4.1.2 Menghasilkan aturcara yang melibatkan penggunaan pelbagai pilihan.
4.1.4 Membangunkan aturcara yang melibatkan penggunaan pelbagai pilihan, ulangan, pemboleh ubah dan operator Matematik.
ASK Tingkatan 2
3.1.3 Menghasilkan kod segmen menggunakan:
(i) fungsi input dan output.
(ii) operator perbandingan.
(iii) operator logik.
3.2.1 Menghasilkan aturcara yang melibatkan:
(i) struktur kawalan jujukan dalam penyelesaian masalah.
(ii) struktur kawalan pilihan dalam penyelesaian masalah.
(iii) struktur kawalan pilihan bersarang dalam penyelesaian masalah.
(iv) struktur kawalan ulangan dalam penyelesaian masalah.
ASK Tingkatan 4
1.4.2 Menulis aturcara menggunakan struktur kawalan pilihan dengan menggabungkan operator hubungan dan operator logik
Peringatan cara untuk mengikut video:
Tonton video
Pause apabila terdapat praktis dalam video
Cuba bina dan uji aturcara Python sendiri
Ulang langkah 1 - 3 sehingga akhir video
Transkrip
Hello world! Selamat kembali ke siri Python episod yang ke-4. OK Kawan saya, Aiman, mempunyai tarikh lahir yang istimewa. Hari lahirnya hanya disambut 4 tahun sekali. Kenapa?
Tarikh hari lahirnya jatuh pada 29 Febuari yang hanya menjelma setiap 4 tahun sekali. Tahun di mana bulan Februari mempunyai 29 hari dikenali sebagai tahun lompat.
Bumi kita sebenarnya menggunakan 365.25 hari untuk mengelilingi matahari. Tetapi dalam kalendar tahunan kita, kita hanya mengira 365 hari. Jadi setiap 4 tahun, 0.25 hari akan bertambah dan ini memberikan kita satu hari tambahan pada 29 Februari, setiap 4 tahun.
Mengenalpasti tahun lompat bukan perkara yang mudah. Terdapat banyak kriteria untuk sesuatu tahun tersebut untuk menjadi tahun lompat. Syarat pertama, tahun tersebut perlu mampu dibahagikan dengan 4. Tetapi, walaupun tahun itu boleh dibahagikan dengan 4, kita perlu memastikan jika ianya pula boleh dibahagikan dengan 100, jika boleh, kita perlu memeriksa dengan lebih mendalam.
Proses ini mungkin kelihatan rumit, tapi kita boleh melaksanakan pemeriksaan ini dengan menggunakan struktur kawalan pilihan bersarang. Bersarang bermaksud terdapat sesuatu syarat di dalam syarat yang lain. Bayangkan anak patung Rusia dimana terdapat anak patung lain yang lebih kecil di dalamnya.
Ini adalah carta alir untuk struktur kawalan pilihan bersarang. Seperti mana yang boleh kita lihat, kita mempunyai struktur kawalan pilihan di dalam struktur kawalan pilihan yang lain. Carta ini juga hampir serupa dengan rajah yang kita telah lihat terlebih dahulu.
Mari kita membina bahagian pertama carta alir ini. Perhatikan baris ke-2. Kita boleh menggunakan pernyataan matematik untuk menunjukkan syarat kita. Dalam contoh ini, kita mengubah jenis data tahun kepada integer dan seterusnya mengira dan lihat jika baki operasi bahagi adalah bersamaan dengan 0.
Simbol % digunakan untuk mengira baki operasi bahagi. Struktur kawalan pilihan bersarang bermaksud bahawa terdapat satu lagi “struktur kawalan pilihan” di dalam satu struktur kawalan pilihan.
Cuba lihat baris 2 dan 3 – terdapat indentasi disini. Baris 3 kelihatan lebih ke kanan berbanding baris 2. Python menggunakan indentasi untuk menentukan baris mana milik blok yang mana.
Anda boleh bayangkan perkara ini seperti bekas plastik. Pilihan bersarang adalah bekas plastik kecil yang berada di dalam bekas plastik yang lebih besar. Dalam contoh ini, bekas plastik yang lebih besar adalah antara baris 2 ke baris 8. Perhatikan bagaimana level indentasi adalah sama. manakala bekas plastik yang lebih kecil adalah antara baris 3 dan baris 6.
Akhir sekali, bahagian terakhir pada carta alir kita. Satu lagi pilihan bersarang, dan dah lengkap! Jom kita imbas kembali pengajaran video kali ini:
1. Kita belajar tentang struktur kawalan pilihan (bersarang).
2. Kita belajar menggunakan pernyataan matematik sebagai syarat untuk pilihan.
Sebagai cabaran untuk video ini, bolehkah anda cipta program peranti pengiraan kadar denyutan jantung? Program anda perlu mampu untuk memberitahu kadar denyutan jantung untuk lelaki dan perempuan, dalam lingkungan umur 18-45 tahun dan tentukan jika jantung mereka di bawah purata, lemah atau memuaskan.
Program anda akan bermula dengan menanyakan jantina pengguna umur pengguna dan kadar denyutan jantung pengguna, lalu memaparkan kategori yang betul kepada pengguna program anda.
Selamat mencuba!
Carta alir Struktur Kawalan Pilihan Bersarang
Sintaks aturcara python
Carta rujukan tahap kesihatan berdasakan jantina, lingkungan umur dan kadar denyutan jantung rehat: