Ringkasan Pengajaran
Pengajaran ini memperkenalkan struktur kawalan dwi-pilihan, carta alir dan operator perbandingan dalam pengaturcaraan asas Python.
ASK Tingkatan 2
3.1.3 Menghasilkan kod segmen menggunakan:
(i) fungsi input dan output.
(ii) operator perbandingan.
(iii) operator logik.
ASK Tingkatan 4
1.4.1 Menerangkan aliran struktur kawalan pilihan:
(i) if-else.
(ii) switch-case.
Peringatan cara untuk mengikut video:
Tonton video
Pause apabila terdapat praktis dalam video
Cuba bina dan uji aturcara Python sendiri
Ulang langkah 1 - 3 sehingga akhir video
Hello world! Selamat kembali ke episod ke-2 siri Python! Cabaran di akhir video yang lepas meminta anda untuk membina sebuah kalkulator yang meminta berat dan tinggi seseorang dan memaparkan nilai BMI mereka.
BMI adalah sejenis pengukuran untuk saiz badan. BMI memberikan gambaran sama ada seseorang itu mempunyai berat yang sesuai untuk ketinggian mereka.
Dalam video ini, kita akan mengembangkan lagi fungsi BMI tersebut. Kalau cabaran lepas hanya memaparkan nilai BMI seseorang, kali ini kita nak kalkulator tersebut menyatakan sama ada seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan atau berat badan yang IDEAL. Nilai BMI seseorang yang melebihi 25 dikira sebagai berat badan yang berlebihan.
Untuk memastikan kalkulator kita akan memaparkan maklumat yang betul, kalkulator tersebut perlu mengenalpasti sama ada nilai yang dikira itu melebihi 25 atau tidak. Kita boleh gunakan struktur kawalan pilihan untuk membantu kalkulator kita mengenalpasti sama ada nilai yang dikira melebihi 25 atau tidak.
Dalam Sains Komputer, kita menggunakan carta alir untuk menggambarkan algoritma yang digunakan. Di sini kita boleh melihat carta alir akan cabang ke kiri atau kanan apabila algoritma sampai ke langkah ini. Langkah seterusnya bergantung kepada sama ada nilai yang dikira melebihi 25 atau tidak.
Di sini kita dapat lihat susunan kod pengaturcaraan kita sama dengan carta alir tadi. Dengan menggunakan carta alir, ia dapat membantu kita merancang kod kita dengan lebih baik.
Cara menulis struktur kawalan pilihan adalah seperti berikut. Baris if BMI> 25: bermaksud jika nilai BMI melebihi 25, maka paparkan “Berat anda berlebihan atau obes”. BMI> 25 adalah syarat yang perlu dipenuhi. Baris else: bermaksud, jika tidak, paparkan “Berat anda bagus dan IDEAL”.
Jika syarat dipenuhi: buat A; else: (jika tidak) buat B. Ini adalah contoh struktur kawalan dwipilihan iaitu algoritma bercabang kepada dua arah sahaja - lebih dari 25 ataupun tidak. Simbol ini adalah operator perbandingan. Simbol ini digunakan untuk membandingkan nilai di kiri dengan nilai di sebelah kanan. Ini adalah semua operator perbandingan yang boleh digunakan dan maksudnya.
Di sini kita dapat lihat, jika nilai BMI lebih daripada 25, kod pada baris 5 akan dilaksanakan. Kalau tidak, baris 7 akan dilaksanakan. Jom kita imbas kembali apa yang telah dipelajari dalam episod ini.
1) struktur kawalan pilihan.
2) operator perbandingan. Sebelum anda ke video.
Seterusnya, ini adalah cabaran video ini! Boleh tak anda bantu saya membina satu lagi peranti monitor kesihatan? Cuba tuliskan aturcara peranti yang boleh memeriksa kadar denyutan jantung rehat berdasarkan jantina dan umur pengguna. Peranti ini perlu mengenalpasti sama ada seseorang itu mempunyai denyutan jantung yang sihat atau tidak.
Sebagai contoh, jika seorang lelaki yang berumur 27 tahun mempunyai denyutan jantung rehat 100, perisian anda akan memaparkan bahawa denyutan jantung rehat tersebut adalah tidak normal. Ini adalah contoh paparan program yang perlu anda hasilkan.
Selamat mencuba!
Komplikasi pertambahan berat badan adalah:
Penyakit kardiovaskular (berkaitan dengan jantung)
Strok (angin ahmar)
Tekanan darah tinggi
Batu hempedu
Diabetes (kencing manis)
Sukar bernafas
dan lain-lain lagi!
Bina peranti khas untuk lelaki ATAU perempuan berumur antara 18 - 25 tahun. Fungsi peranti adalah untuk:
Mendapatkan kadar denyutan jantung rehat daripada pengguna.
Memberitahu pengguna sama ada kadar denyutan jantung rehat mereka sihat
Nota tambahan - Tuliskan SATU (1) aturcara Python SAHAJA: sama ada untuk lelaki ataupun perempuan
Umur pengguna: 18 - 25 tahun