Pekerja

PENJELASAN ISU TULAR PEKERJA BUKAN ISLAM DI SEBUAH PREMIS MAKANAN DIBERHENTIKAN KERJA KERANA MEMAKAI RANTAI SALIB

1️⃣ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil perhatian terhadap isu tular di media sosial mengenai sebuah premis makanan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang telah memberhentikan pekerja yang bukan Islam kerana memakai rantai salib setelah mendapat kecaman warganet.


2️⃣ Melalui semakan yang dibuat, premis tersebut bukan pemegang sijil halal Malaysia. Oleh itu, premis tersebut tidak terikat dengan keperluan dan syarat pensijilan halal Malaysia.

3️⃣ Dimaklumkan juga, bahawa Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 tidak menghalang pekerja bukan Islam di premis yang dipersijilkan halal dengan syarat premis tersebut mempunyai minimum seorang (1) pekerja Muslim warganegara Malaysia berjawatan tetap dan bertugas sepanjang tempoh operasi atau syif. Selain itu, pihak syarikat juga perlu mempunyai seorang penyelia Halal di premis mereka. Tambahan juga, setiap pekerja perlu menghadiri latihan kesedaran halal dalam tempoh tiga (3) tahun sekali demi memastikan segala keperluan dan prosedur pensijilan halal Malaysi difahami dan dipatuhi dengan sebaiknya.