1️⃣ Tular seluah video berkenaan status halal sebuah premis makanan Claypot Chicken Rice di Sri Petaling yang telah menggunakan Rice Wine dalam masakan.
2️⃣ Hasil daripada semakan kami, premis tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan pihak JAKIM tidak pernah mengeluarkan sebarang pensijilan halal untuk premis tersebut.
3️⃣Sehubungan dengan itu, pengguna Muslim adalah dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi. Pastikan premis yang dipilih merupakan pemegang sijil halal yang sah daripada JAKIM.
1️⃣ JAKIM mengambil maklum mengenai tularnya satu (1) surat yang dikeluarkan oleh Jabatan ini bagi menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.
2️⃣ Untuk makluman, pertanyaan tersebut telah diajukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM. Berdasarkan semakan dalam sistem MYeHALAL JAKIM, status halal bagi premis Johnny's Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw adalah bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Justeru, maklum balas yang disediakan oleh Jabatan ini telah dijana melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam tersebut.
3️⃣ Berdasarkan semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia mendapati premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best telah mempunyai empat (4) outlet yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah. Jabatan ini telah mengemukakan semula makluman kepada individu yang bertanya melalui e-mel pada 2 September 2024 jam 11.36 malam iaitu hari yang sama diberi maklum balas atas pertanyaan yang diajukan.
4️⃣ Untuk makluman pengguna juga, sebarang status halal bagi mana-mana premis atau produk boleh disemak secara sendiri dan terus oleh pengguna di Portal Halal Malaysia melalui pautan http://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php
1️⃣ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil perhatian serius terhadap pertanyaan yang diterima mengenai produk jenama Roti Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara yang sedang tular ketika ini.
2️⃣ Semakan melalui Portal Halal Malaysia mendapati produk tersebut tiada memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.
3️⃣ Perkara ini telah melanggar Akta Perihal Dagangan 2011 di bawah perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang menyatakan : semua makanan dan barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam melainkan jika:
a) diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa; dan
b) ditandakan dengan logo sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah tersebut.
4️⃣ Dalam hal ini, JAKIM telah berhubung dgn Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk mengambil tindakan penguatkuasaan segera dan sekiranya didapati berlaku penyalahgunaan logo atau sijil halal pada produk, pihak syarikat boleh dikenakan tindakan di bawah Akta tersebut.
5️⃣ Sebarang aduan berkaitan penyalahgunaan logo halal atau pemalsuan sijil pengesahan halal boleh dikemukakan kepada Jabatan ini melalui email rasmi pr_halal@islam.gov.my untuk tindakan selanjutnya
1️⃣ Bahagian Pengurusan Halal JAKIM menerima banyak pertanyaan di media sosial berkenaan produk "Ham and Cheese Sandwich" yang diragui status halal.
2️⃣ Untuk makluman, JAKIM telah melaksanakan pemeriksaan di lapangan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 10 Januari 2025 (Jumaat) yang lalu. Hasil pemeriksaan mendapati bahawa produk berkenaan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan syarikat yang menghasilkan produk tersebut bukan pemegang SPHM.
3️⃣ Oleh itu, tindakan pihak syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan tindakan undang-undang telah diambil oleh KPDN.
4️⃣ Pengguna dinasihatkan supaya sentiasa menyemak status halal sesuatu produk melalui Portal Halal Malaysia atau aplikasi Verify Halal. Pastikan produk tersebut telah dipersijilkan halal oleh pihak yang berautoriti.