1️⃣ Jakim mengambil perhatian terhadap isu tular berkaitan inisiatif untuk memperkenalkan prouk Muslim sebagai suatu usaha yang baik dalam konteks membantu meningkatkan ekonomi usahawan Muslim.
2️⃣ Walaubagaimanapun, melalui pensijilan halal Malaysia, kerajaan melalui JAKIM dan JAIN/MAIN terlebih dahulu telah mewujudkan satu mekanisme penilaian bersepadu dan diiktiraf secara global melalui Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Melalui SPHM ini, semua produk dan perkhidmatan mempunyai peluang yang sama untuk bersaing secara sihat bagi meneroka peluang perniagaan di dalam dan luar negara.
3️⃣ Selain itu, pihak industri sememangnya diberi pilihan untuk menggunakan logo halal pelbagai warna bersesuaian dengan warna pembungkusan yang digunakan untuk sesuatu produk. Namun, spesifikasi logo halal perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Berwibawa selari dengan Klausa 17(6)j, Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020.
1️⃣ Bahagian Pengurusan Halal JAKIM menerima banyak pertanyaan daripada para pengguna di media sosial berkaitan isu status halal produk Instant Rice Noodle yang tertera tulisan pork bone broth flavor di label pembungkusan.
2️⃣ Kekeliruan mulai timbul apabila tertera logo halal Nippon Asia Halal Association (NAHA) pada label pembungkusan produk tersebut. Untuk makluman, NAHA merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di negara Jepun. Isu ini telah mengundang pelbagai tuduhan dan persepsi buruk kepada badan pensijilan halal berkenaan yang didakwa memberikan pensijilan halal pada produk yang tidak halal.
3️⃣ Untuk makluman semua, isu ini merupakan isu yang berulang namun ditularkan kembali oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pihak NAHA telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu ini pada tahun 2022 di pautan berikut: https://web.nipponasia-halal.org/archives/1788fbclid=IwY2xjawINJcFleHRuA2FlbQIxMAABHUpSOZM7xlfjn5LQIcNWdQ4bvjFuNi6tlDRJr1UZ6Wg1Wfs_oF06l4YVlw_aem_1xUB6BiM2p0PEpYZK73DjA#:~:text=We%20are%20sea
4️⃣ Pihak NAHA telah memaklumkan bahawa badan pensijilan halal berkenaan tidak pernah memberikan pengesahan halal pada produk tersebut dan tindakan yang sewajarnya telah diambil terhadap syarikat berkenaan. Pihak NAHA juga memaklumkan bahawa, produk tersebut telah dijual di pasaran Thailand sebelum ini dan NAHA telah mengarahkan pihak syarikat untuk membuat proses panggil balik produk. Tindakan bagi mengatasi perkara ini juga telah dimaklumkan oleh pihak NAHA di Facebook pada tahun 2022.
5️⃣ Justeru itu, sebarang aduan berkaitan isu penyalahgunaan logo dan sijil halal, boleh e-mel kepada pr_halal@islam.gov.my atau melalui talian 03-8892 5000.