1️⃣ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil maklum mengenai isu video tular melalui media sosial berkenaan kaedah pengendalian produk tidak halal di sebuah premis runcit yang dipercayai ber-laku di sebuah negeri utara tanah air.
2️⃣ JAKIM memberi perhatian penuh terhadap isu yang menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna Muslim yang mengunjungi premis tersebut. Sehubungan itu, JAKIM telah mengambil lang-kah-langkah awal bersama pihak berkuasa di negeri terbabit dan siasatan lanjut telah dilaksanakan.
3️⃣ Secara umumnya, premis peruncitan bukanlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan pihak JAKIM tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis berkonsepkan peruncitan. Semua pengguna Muslim dinasihatkan berwaspada dalam memilih premis atau produk yang disahkan halal dan selamat.
1️⃣ Tular di media sosial mengenai kewujudan penjualan Nasi Lemak Babi yang turut menjual Nasi Kandar Babi di sekitar Damansara Jaya.
2️⃣ Isu tersebut turut timbul kerana restoran berkenaan menjual makanan tradisi dan kegemaran warga Malaysia yang dihidangkan bersama dengan pilihan lauk daging babi yang haram dimakan oleh Muslim.
3️⃣ Suka diingatkan bahawa para pengguna diminta untuk sentiasa berhati-hati sebelum membuat pemilihan makanan atau produk yang hendak dimakan. Justeru itu, pilihlah premis dan produk makanan yang telah disahkan halal oleh pihak Berkuasa Berwibawa Pensijilan Halal Malaysia laitu JAKIM dan MAIN/JAIN
1️⃣ Tular di media sosial berkenaan status halal premis minuman herba yang didakwa mempunyai pensijilan halal oleh JAKIM.
2️⃣ Hasil semakan kami, syarikat bagi premis tersebut bukanlah pemegang sijil halal bagi skim premis makanan. Syarikat berkenaan adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) hanya bagi skim produk makanan dan minuman sahaja. Produk yang dipersijilkan halal hanyalah produk minuman herba bertin.
3️⃣ Oleh itu, para pengguna dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada sebelum memilih sesuatu produk atau premis yang ingin dikunjungi. Pastikan produk atau premis tersebut adalah merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah daripada JAKIM.
1️⃣ Tular di media sosial satu artikel berkenaan isu premis makanan warga Arab yang menjual menu tidak halal.
2️⃣ Hasil semakan kami, isu ini sebenarnya berlaku di sekitar negara Eropah bukannya di Malaysia. Bagi rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara, logo-logo halal Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh dijadikan sebagai panduan sebelum anda memilih sesuatu produk atau premis.
3️⃣ Oleh itu, dinasihatkan kepada para pengguna supaya mengutamakan premis yang dipersijilkan halal oleh pihak berkuasa berwibawa dan yakini halal Malaysia.
1️⃣ Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM mengambil perhatian terhadap tular di media sosial mengenai penjualan air minuman yang dikatakan terhasil daripada air kumbahan. Video tular yang dimuat naik tersebut mendakwa mengenai sumber penjualan air botol minuman jenama SeaMaster yang dikatakan terhasil daripada sumber air kumbahan.
2️⃣ Untuk makluman, air minuman jenama SeaMaster keluaran syarikat RO Water Sdn. Bhd. telah mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah. Ini membuktikan bahawa produk tersebut adalah halal dan selamat untuk diminum.
3️⃣ Perlu diingatkan semua Air Minuman Berbungkus (AMB) dan Air Mineral Semulajadi (AMS) yang dijual di Malaysia perlu mempunyai lesen punca air daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Maka, produk AMS perlu mematuhi Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Manakala, produk AMB pula hendaklah mematuhi Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
4️⃣Kepada pengguna di luar sana, anda dinasihatkan untuk pastikan kesahihan isu yang tular sebelum berkongsi apa-apa berita. Jadilah pengguna yang bijak dengan mengutamakan produk yang telah dipersijilkan SPHM. Hal ini kerana setiap sumber bahan mentah dan proses penghasilannya telah disemak dan diperiksa dengan teliti sebelum disahkan halal.
1️⃣ Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM menerima banyak pertanyaan berkenaan isu tular makanan haiwan ternakan. Kepada pengguna yang dihormati, isu tular yang berlegar tersebut merupakan isu tular dari tahun 2007 yang diviralkan semula.
2️⃣ Untuk makluman pengguna, sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi sebarang pengesahan halal kepada produk makanan haiwan. Walaubagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah mengeluarkan kenyataan media bertarikh 2 Jun 2023 berkenaan isu ini. Sila rujuk pautan berikut untuk maklumat lanjut:
https://www.dvs.gov.my/.../Whatsapp_tular_tentang_status...
3️⃣ Sehubungan itu, masyarakat pengguna tidak perlu meragui akan produk ayam keluaran industri yang telah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
4️⃣JAKIM melalui Bahagian Pengurusan Halal sentiasa memantau dan meneliti setiap produk atau perkhidmatan yang telah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
1️⃣ Bahagian Pengurusan Halal JAKIM menerima pertanyaan mengenai penglibatan JAKIM melalui penganjuran Kursus Tauliah Pegawai Pemeriksa Bebas (PPB) Industri Halal dengan Koperasi Kuatmaju Berhad.
2️⃣ Untuk makluman, JAKIM tidak pernah bekerjasama dengan koperasi yang berkenaan untuk penganjuran kursus tersebut. Sebarang perkara berbangkit berkaitan kursus ini adalah bukan di bawah tanggungjawab pihak JAKIM.
1️⃣ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Kedah dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup negeri Kedah telah menjalankan pemeriksaan lapangan pada 15 September 2024.
2️⃣ Pemeriksaan penguatkusaan tersebut telah diadakan di lokasi premis yang baharu iaitu beralamat di Jitra, Kedah, memandangkan premis terdahulu yang beralamat di Kubang Pasu, Kedah sebagaimana yang tertera pada pek pembungkusan roti yang ditularkan merupakan premis lama dan tidak lagi beroperasi.
3️⃣ Hasil pemeriksaan mendapati tiada penggunaan logo atau apa-apa ungkapan halal pada semua produk bakeri yang dihasilkan di premis tersebut.
4️⃣Gambar iklan roti sebagaimana yang ditularkan tersebut dipercayai gambar lama yang digunakan sewaktu produk tersebut dipersijilkan halal oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JaHEAIK) dan Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi produk terbabit telah tamat tempoh pada 2017.
1️⃣ Bahagian Pengurusan Halal JAKIM menerima banyak pertanyaan melalui media sosial berkenaan sebuah hantaran video yang memaparkan keadaan ayam yang seolah-olah tidak disembelih mengikut syarak.
2️⃣ Untuk makluman semua, keadaan tersebut berlaku kerana kesan daripada tindakan menarik kepala ayam menggunakan mesin head puller hingga menyebabkan kulit lehernya tertarik panjang. Perkara ini telah menampakkan seperti tiada sembelihan dilakukan.
3️⃣ Namun begitu, sebelum mesin head puller ini digunakan, haiwan tersebut telah disahkan mati dengan mengikut kaedah syarak. Mesin head puller ini pula digunakan sebelum ayam dibungkus dalam pembungkusan akhir.
4️⃣ Justeru itu, pengguna tidak perlu gusar dengan hantaran video tersebut dan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih sesuatu produk yang berada di pasaran dan pastikan produk yang dipilih adalah halalan toyyiban.