Komitmen
Jika saya dipilih, adakah saya perlu menghadiri semua latihan yang telah dijadualkan? Ya. Semua guru yang memohon dan dipilih perlu mendapatkan kebenaran pentadbir masing-masing untuk menghadiri bengkel bersemuka.
Jika saya dipilih, apakah contoh tugasan yang perlu dilengkapakn di dalam program ini? Guru-guru yang terpilih akan didedahkan kepada strategi Pembelajaran Sosial dan Emosi yang perlu diterapkan dalam PdP masing-masing berserta refleksi pelaksanaan. Sebuah projek berlandaskan Pembelajaran Sosial & Emosi juga akan dijalankan oleh setiap guru. Pembentangan di akhir program di Sidang Kemuncak Pembelajaran Sosial & Emosi akan diadakan untuk berkongsi hasil dapatan program dan projek yang dijalankan.
Kos
Adakah guru perlu membiayai apa-apa kos? Tidak. Kos perjalanan, penginapan, makan dan minum sepanjang latihan akan dibiayai oleh penaja program.
Latihan bersemuka
Dimanakah lokasi latihan bersemuka akan dijalankan? Semua latihan bersemuka akan dijalankan di sekitar Lembah Klang. Maklumat lanjut akan dikongsikan.
Adakah latihan bersemuka memerlukan guru untuk bermalam? Ya. Bagi memastikan pengalaman yang menyeluruh dan memaksimakan masa bersama, jadual latihan bersemuka akan memerlukan guru untuk bermalam.
Permohonan dan pemilihan kohort
Adakah guru yang tidak mengajar di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Perak & Negeri Sembilan dibenarkan untuk memohon? Tidak. Hanya guru yang mengajar di 5 buah negeri dan wilayah persekutuan ini sahaja yang dibenarkan untuk memohon.
Berapakah bilangan guru yang akan dipilih? Bagi memastikan setiap guru yang berjaya mendapat sokongan dan bimbingan yang mencukupi, kohort pertama akan dihadkan kepada 70 orang guru sahaja.
Adakah guru sekolah rendah dan menengah boleh memohon? Guru dari sekolah rendah dan menengah layak untuk memohon.
Pengisian latihan
Apakah latihan/ sokongan yang akan diberikan sepanjang program ini? Guru akan didedahkan kepada strategi dan pedagogi Pembelajaran Sosial & Emosi. Pasukan pelatih juga akan memberikan sokongan dan bimbingan tambahan secara maya untuk memastikan guru dapat menjalankan Pembelajaran Sosial & Emosi dengan efektif di dalam bilik darjah.
Ada soalan tambahan? Emel kami di sel@arusacademy.org.my.