Pembelajaran Sosial & Emosi dalam Pembentukan Karakter Murid
Kursus ini dibina untuk membantu guru-guru meneroka pembelajaran sosial dan emosi. Pelbagai kajian telah menunjukkan kompetensi dalam kemahiran sosial dan emosi mampu membantu guru berdepan dengan cabaran dalam bilik darjah dan membantu murid untuk membentuk karakter yang positif.
Modul 1: Meneroka Pembelajaran Sosial & Emosi atau 'Social & Emotional Learning' (SEL)
Di dalam modul ini, guru akan:
memahami konsep SEL
belajar nilai SEL di dalam dan luar bilik darjah
meneroka dan menilai kajian di sebalik pendekatan SEL di dalam bilik darjah
Modul 2: SEL untuk kesejahteraan guru
Di dalam modul ini, guru akan:
memahami bagaimana SEL menyumbang kepada kesejahteraan diri
memahami impak kemahiran SEL untuk diri sendiri dan kesannya kepada murid
menggunakan teknik SEL untuk kesejahteraan diri
Modul 3: SEL untuk pengurusan kelas
Di dalam modul ini, guru akan:
Memahami komponen pengurusan kelas
Meneroka teknik pengurusan kelas melalui pendekatan SEL
Modul 4: Merancang dan menerapkan SEL dalam PdP
Di dalam modul ini, guru akan:
Mengintegrasi SEL di dalam interaksi bersama murid dan pelan pengajaran
Mengenalpasti peluang untuk menerapkan strategi SEL sepanjang PdP
Modul 5: Mengaplikasikan dan memperkukuh kemahiran SEL dalam situasi yang berbeza
Di dalam modul ini, guru akan:
Melihat situasi di sekolah yang berbeza dan mencari peluang untuk mengaplikasikan dan memperkukuk kemahiran SEL untuk diri sendiri dan juga anak murid.
Penilaian kursus
Lengkapkan penilaian kursus untuk dapatkan sijil lengkap kursus dari pihak penganjur.
Semak status kursus anda dan dapatkan sijil lengkap kursus.