Durasi: 30 minit
Durasi: 30 minit
Pengenalan
Untuk membina kemahiran Sosial dan Emosi, murid memerlukan latihan yang berterusan. Sebagai guru, anda boleh integrasikan amalan tertentu menjadi sebahagian daripada PdPC, mesyuarat guru, perjumpaan kokurikulum atau perhimpunan sekolah.
Di dalam Modul ini, anda akan meneroka beberapa amalan dalam bilik darjah yang boleh menjadi sebahagian daripda pendekatan sistemik kepada SEL di sekolah. Amalan ini boleh mewujudkan iklim kekitaan untuk semua orang, membina persekitaran pembelajaran dan kerja yang kukuh, saksama, berkesan.
Salam dan helo! Selamat datang ke Modul 4 daripada 5 modul dalam kursus ini.
Klik untuk imbas kembali apa yang anda pelajari dari modul yang lepas.
Dalam Modul 1, anda telah meneroka 5 kompetensi utama SEL; Kesedaran Kendiri, Pengurusan Kendiri, Kesedaran Sosial, Hubungan Interpersonal dan Membuat Keputusan dengan Bertanggungjawab. Dalam Modul 2, anda telah melihat bagaimana kemahiran dan kompetensi SEL boleh membantu anda mencapai kesejahteraan sebagai seorang guru. Dalam Modul 3, anda telah melihat cara membina persekitaran pembelajaran yang kondusif melalui pengurusan kelas berlandaskan kemahiran sosial dan emosi.
Modul 4: Merancang dan menerapkan SEL dalam PdP
Di dalam modul ini, guru akan:
Mengintegrasi SEL di dalam interaksi bersama murid dan pelan pengajaran
Mengenalpasti peluang untuk menerapkan strategi SEL sepanjang PdP
Kebanyakkan intervensi SEL selalunya datang dalam bentuk program dan dikendalikan oleh pelatih dan fasilitator yang pakar dalam SEL. Walaupun program sebegitu boleh membantu memperbaiki tingkah laku dan pencapaian murid, namun ia tidak mencukupi.
3 peluang dalam PdPC untuk menerapkan amalan dan strategi pembelajaran SEL:
Pembuka yang inklusif
Buka setiap pembelajaran dengan pembuka yang inklusif. Ini boleh dilihat sebagai set induksi yang bermakna. Pembuka yang bermakna boleh kelihatan seperti:
aktivti yang memupuk hubungan kelas
rutin seperti "morning circle" atau mesyuarat awal
amalan menyapa setiap murid
Strategi pembelajaran yang menarik perhatian dan minat murid
Strategi pembelajaran secara individu atau kolaboratif yang bermakna bukan sahaja memantu dalam proses pembelajaran tetapi juga membina peluang untuk murid mengukuhkan kemahiran sosial dan emosi.
Penutup yang bermakna
Penutup yang bermakna membantu murid melihat ketersambungan ilmu dengan dunia sebenar dan kehidupan peribadi. Ini boleh kelihatan seperti:
membantu murid membuat refleksi atas apa yang mereka faham
aktiviti kumpulan untuk merumuskan apa yang mereka belajar
peluang untuk menghargai satu sama lain dalam proses pembelajaran.
Berikut adalah contoh strategi pembelajaran yang boleh membantu murid mengasah kemahiran sosial dan emosi mereka.
Contoh pembuka yang inklusif
"Berita apa hari ini?"
Setiap murid kongsikan berita mereka - sesuatu yang sedang berlegar di fikiran dan boleh dikongsikan dengan rakan atau dalam kumpulan kecil.
"Tanya saya tentang..."
Murid tuliskan 3 topik yang mereka ingin kongsikan. Bergerak dalam kelas, murid tunjukan senarai mereka kepada rakan dan rakan pilih topik mana yang ingin mereka dengar dengan lebih lanjut.
"Jual beli kuiz"
Murid bersoal jawab dengan rakan dan mengenali satu sama lain dengan lebih dekat. Ini dapat membantu mengurangkan rasa resah dan jurang untuk melibatkan diri dalam perbincangan.
Contoh strategi pembelajaran utama
Signal untuk perhatian
Gunakan signal seperti mengangkat tangan untuk tunjukkan kepada murid anda memerlukan perhatian mereka tanpa perlu menjerit atau ulang arahan. Ini dapat membantu mengekalkan ketenangan bilik darjah.
1-2-4-semua
Murid fikir/tuliskan pandangan mereka tentang topik yang diberikan. Murid kemudian mencari pasangan untuk kongsikan pandangan. Setiap pasangan membina kumpulan berempat dan dapatkan pandangan baru sebelum dikongsikan kepada semua di kelas.
Jigsaw
Dalam kumpulan kecil, bincangkan sebahagian daripada topik penting. Susun semula kumpulan supaya wakil dari setiap kumpulan kecil hadir. Setiap wakil "ajar" topik mereka kepada kumpulan mereka.
Contoh penutup yang bermakna
"Ros, duri, tunas"
Murid membuat refleksi tentang satu perkara yang mereka suka (ros), satu perkara yang mencabar (duri) dan satu perkara yang ingin mereka cuba (tunas) berkaitan dengan pembelajaran.
"1 perkara yang ingin saya cuba..."
Murid nyatakan apa yang ingin mereka lakukan/ cuba hasil daripada pembelajaran hari ini.
"Refleksi SEL"
Apakah kemahiran SEL yang saya gunakan atau saya lihat digunakan sepanjang kelas hari ini?
Contoh kemahiran SEL yang boleh anda perkenalkan dan
Berikut adalah antara contoh kemahiran SEL yang diperlukan oleh murid anda. Bagaimanakah anda boleh perkenalkan dan integrasikan dalam bilik darjah? Apakah peluang integrasi yang anda nampak?
Strategi pembelajaran kemahiran mendengar menggunakan teknik MMR.
3 soalan panduan yang boleh membantu anda merancang cara untuk mengintegrasi amalan SEL di dalam PdP:
Apakah kemahiran SEL yang murid perlukan?
Apakah peluang dalam PdPC harian untuk melatih murid dalam kemahiran SEL itu?
Apakah aktivti yang boleh dijalankan untuk membantu murid latih diri dalam kemahiran SEL tersebut?
Strategi 1 minit
Amalan/ strategi SEL tidak perlu menjadi suatu aktiviti yang panjang atau rumit. Cuba satu amalan SEL ringkas secara konsisten seperti memulakan kelas dengan latihan bernafas untuk tenangkan diri atau gunakan soalan panduan refleksi yang sama di akhir PdPC.