Durasi: 15 minit
Durasi: 15 minit
Salam dan helo! Selamat datang ke Modul 1 daripada 5 modul dalam kursus ini.
Dalam modul 1, anda akan membina pemahaman dalam Pembelajaran Sosial dan Emosi atau 'Social and Emotional Learning' (SEL) dan meneroka 5 kompetensi utama SEL.
Modul 1: Meneroka Pembelajaran Sosial dan Emosi atau 'Social and Emotional Learning' (SEL)
Di akhir modul ini, guru akan:
memahami konsep SEL
meneroka kemahiran di bawah kompetensi SEL
meneroka dan menilai kajian di sebalik pendekatan SEL di dalam bilik darjah
Refleksi sebelum kita mula...
Siapakah yang memberikan impak atau pengaruh positif kepada anda ketika membesar?
Fikirkan tentang perkembangan sosial dan emosi anda serta hubungan dan persekitaran yang telah membantu perkembangan ini. Siapakah yang telah memberikan impak positif kepada anda semasa anda sedang membesar? Figura ini mungkin ahli keluarga, guru atau sesiapa sahaja yang telah membimbing anda semasa kecil.
Klik pada tanda '+' di bawah untuk kongsikan pengalaman anda.
Jom kita tonton refleksi daripada guru-guru di luar sana tentang siapa yang telah memberikan pengaruh positif kepada mereka.
Apakah persamaan yang anda nampak merentasi respon yang diberikan?
Bagaimanakah kewujudan dan kehadiran anda mempengaruhi cara anak murid anda melihat dunia?
Pemahaman tentang siapa diri kita dan bagaimana kita berinteraksi dengan orang lain dibentuk dan dipengaruhi oleh orang dewasa yang berada disekeliling sepanjang kita membesar.
Anda kini adalah salah seorang dewasa yang telah, sedang dan bakal mempengaruhi pengalaman generasi muda.
Fikirkan tentang ruang yang anda kongsi dengan anak muda; bilik darjah, pejabat atau ruang rumah bersama anak-anak.
Fikirkan bagaimana anda inginkan anak muda rasa dalam kehadiran anda. Apa yang anda harapkan emosi yang timbul dalam diri mereka, kata-kata yang diucapkan dan tindakan yang dipilih disebabkan pengaruh meluangkan masa dengan anda?
Lihat respon daripada beberapa orang guru tentang harapan mereka:
Apakah persamaan dan perbezaan respon anda dengan mereka?
5 kompetensi dalam Pembelajaran Sosial dan Emosi (SEL)
Pembelajaran sosial dan emosi (SEL) ialah proses sepanjang hayat untuk membangunkan kemahiran yang membantu kita berjaya di sekolah dan setiap bahagian kehidupan kita, seperti berkomunikasi dengan berkesan, membina hubungan, mengatasi cabaran dan membuat keputusan yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.
Merujuk kepada rangka kerja CASEL (Collaborative for Academic, Social, and Emotional Learning), terdapat 5 kompetensi utama dalam SEL.
Jom uji! Padankan kompetensi kepada kemahiran SEL:
Kemahiran sosial dan emosi kelihatan berbeza mengikut peringkat umur dan tahap. Walaupun lima kompetensi SEL di atas adalah penting dalam perkembangan di semua peringkat umur, tahap kompetensi menajdi lebih kompleks mengikut perkembangan. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak di prasekolah mungkin mengamalkan kesedaran sosial dengan mengenal pasti emosi watak dalam buku, manakala seorang murid di sekolah menengah mungkin dapat memahami bagaimana pengalaman rakan mereka berbeza daripada pengalaman mereka dan ini menyebabkan mereka memupuk sifat empati dalam situasi berbeza.
Video 1: Penerangan tentang SEL oleh pentadbir sekolah, guru dan murid.
Video 2: Penerangan tentang SEL daripada latihan guru yang dijalankan pada tahun 2023
Kajian di sebalik kesan dan impak Pembelajaran Sosial dan Emosi (SEL)
Fakta atau...tanggapan salah?
Bolehkah anda membezakan pernyataan yang benar dengan tanggapan yang salah tentang SEL? Uji pemahaman anda dengan klik pada butang mula di bawah.
Refleksi
Bagaimanakah maklumat tentang SEL di atas boleh dikaitkan dengan niat anda sebagai seorang guru? Apakah realiti dari segi persekitaran pembelajaran dan hubungan antara guru dan murid yang perlu dibina untuk anak murid anda menguasai kemahiran SEL?
Klik tanda '+' di bawah untuk menaip refleksi anda.