Arus Academy (Arus) adalah sebuah organisasi sosial pendidikan yang ditubuhkan pada tahun 2015 dengan tujuan untuk memperkasakan guru dan murid melalui pendekatan pendidikan yang interaktif, bermakna dan relevan.
Tenaga pengajar daripada Arus datang dari pelbagai latar belakang profesional yang berbeza tetapi dengan minat dan kemahiran dalam bidang pendidikan. Tenaga pengajar Arus juga telah mendapat latihan dan bimbingan dalam SEL daripada pengasas SEL Launchpad & School Connect daripada Amerika Syarikat.
Sehingga hari ini, Arus telah membimbing lebih 10,000 orang guru dari seluruh Malaysia dalam pelbagai pendekatan pedagogi interaktif. Pada masa yang sama, Arus juga menguruskan sebuah sekolah komuniti untuk 90 orang kanak-kanak terpinggir di Kuala Lumpur sejak tahun 2022.