Durasi: 20 minit
Durasi: 20 minit
Pengenalan
Pendekatan pembelajaran Sosial dan Emosi bukan sahaja boleh digunakan di dalam bilik darjah tetapi juga perlu diamalkan dalam semua situasi sekolah. Namun, pengajaran strategi SEL perlu dilakukan secara sistematik untuk menilai keberkesanan strategi tersebut.
Dalam modul ini, guru akan meneroka strategi merangka sebuah amalan SEL yang diperlukan oleh murid dan boleh memberi impak yang besar kepada diri sendiri dan orang lain.
Salam dan helo! Selamat datang ke Modul 5 daripada 5 modul dalam kursus ini.
Klik untuk imbas kembali apa yang anda pelajari dari 4 modul yang lepas.
Dalam Modul 1, anda telah meneroka 5 kompetensi utama SEL; Kesedaran Kendiri, Pengurusan Kendiri, Kesedaran Sosial, Hubungan Interpersonal dan Membuat Keputusan dengan Bertanggungjawab.
Dalam Modul 2, anda telah melihat bagaimana kemahiran dan kompetensi SEL boleh membantu anda mencapai kesejahteraan sebagai seorang guru.
Dalam Modul 3, anda telah melihat cara membina persekitaran pembelajaran yang kondusif melalui pengurusan kelas berlandaskan kemahiran sosial dan emosi.
Dalam Modul 4, anda telah meneroka beberapa strategi dan amalan SEL yang boleh diterapkan dalam PdPC harian.
Modul 5: Mengaplikasikan dan memperkukuh kemahiran SEL dalam situasi yang berbeza
Di dalam modul ini, guru akan:
Mengenal pasti keperluan SEL dalam kalangan murid
Merangka rancangan pengajaran SEL mengikut keperluan murid
Apabila anda memahami kepentingan SEL dalam pembentukan karakter murid, anda boleh mula merancang strategi pengajaran SEL yang bersesuaian.
Melaksanakan pengajaran SEL boleh menjadi sesuatu yang mencabar. Namun, ada langkah-langkah yang boleh diikuti supaya pengajaran SEL tersebut lebih bermakna dan memberi impak yang diinginkan.
Imbas kembali 5 kompetensi Pembelajaran Sosial dan Emosi yang telah dipelajari dalam Modul 1. Dalam setiap kompetensi ini, ada kemahiran sosial dan emosi yang berkait dengan kompetensi tersebut. Apakah kemahiran sosial dan emosi yang anda ingin lihat ada pada murid anda? Sebagai permulaan, pilih 1 sahaja kemahiran idaman anda.
Setelah anda mengenal pasti aspirasi kemahiran sosial dan emosi, anda perlu mengenal pasti jurang perbezaan antara tingkah laku murid yang tiada kemahiran ini dengan murid yang ada kemahiran aspirasi anda.
Cara yang paling berkesan untuk mengenal pasti jurang perbezaan ini adalah dengan melakukan pemerhatian terhadap murid-murid sendiri. Semasa melakukan pemerhatian, cuba jawab soalan ini: Apakah contoh tindakan atau tingkah laku yang boleh anda perhatikan jika seseorang, atau murid anda sendiri tiada kemahiran tersebut?
Imbas kembali cabaran terbesar yang anda kongsikan dalam Modul 2. Adakah cabaran ini merupakan tingkah laku yang anda perhatikan apabila murid tiada kemahiran sosial dan emosi? Apakah kemahiran sosial dan emosi yang masih belum dikuasai oleh anak murid anda?
Apabila jurang dari segi kamahiran sosial dan emosi telah dikenal pasti, anda boleh melakukan langkah yang seterusnya, iaitu rancang tindakan.
Sebelum anda mengambil langkah seterusnya iaitu merancang tindakan yang perlu dilakukan, kenal pasti indikator tindakan yang boleh diambil.
Kenali 6 indikator tindakan yang boleh anda ambil dengan menyeret indikator ke dalam kotak spektrum pendekatan di bawah.
Contoh pelaksaan SEL mengikut indikator.
Mengenal pasti indikator pendidikan SEL ini dapat membantu anda untuk merancang pengajaran SEL anda, supaya pengajaran anda lebih sistematik dan dapat memberi impak yang diinginkan. Anda boleh juga menggunakan templat di bawah untuk membantu anda merancang pengajaran SEL anda.
Gunakan Panduan Templat di bawah untuk merancang intervensi/ projek. kajian tindakan anda.
Contoh rancangan pengajaran sosial dan emosi yang telah dilakukan oleh guru lain
Refleksi
Bagaimana pengajaran dalam Modul 5 ini dapat membantu anda untuk merancang pengajaran sosial dan emosi kepada anak murid di sekolah anda?