Laman web ini ditubuhkan sebagai satu bentuk kesukarelawanan yang akan digunakan secara berpanjangan dan berterusan oleh masyarakat di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (Sustainable Volunteerism).
Dibina oleh pelajar Komunikasi Pengantaraan Komputer BMCO 4105 Sec 2 :
Aifa Nadhila binti Abd Wahid (1911806)
Aina Najihah binti Baharum (1919902)
Norhasliza binti Ahmad (1916620)
Nur Zulaikha Lyana binti Halim (1915454)
Nurul Fida’ binti Mohd Zaaid (1918806)
Berdasarkan panduan dan tunjuk ajar pensyarah,
Dr Azean Idruwani binti Idrus
Semoga laman web yang ditubuhkan memberi manfaat yang lestari kepada warga Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP)
Bandar Universiti Pagoh merupakan hab pendidikan tinggi pertama yang ditubuhkan di Malaysia. Bandar ini ditubuhkan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan SimeDarby Property dalam menyediakan hab pendidikan bertaraf dunia dengan tempat kediaman berkualiti serta pusat perniagaan yang progresif. Tujuan utama penubuhan bandar ini adalah untuk mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pertumbuhan serantau, menyediakan kemudahan yang akan meningkatkan kualiti hidup, menyumbang ke arah kemampanan serantau dan mewujudkan pembangunan mesra alam.
HPTP berada di daerah Pagoh, Muar dengan kedudukan yang strategik di mana ia terletak kurang daripada 2KM dari susur keluar Plaza Tol Pagoh melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Kawasan hab pendidikan ini berkeluasan kira-kira 1,600 hektar dengan pelbagai kemudahan gunasama dan kemudahan sekitar untuk pelajar dan penduduk sekitarnya. ITerdapat empat buah institusi pengajian tinggi yang akan memacu sosioekonomi di bandar universiti ini ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.
UIAM
UTHM
UTM
Politeknik