Pengangkutan merupakan perkhidmatan penting dan perlu ada di setiap tempat yang didiami oleh sekumpulan masyarakat. Jangan risau! Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) termasuk dalam program Bas Muafakat Johor (BMJ) selain menawarkan capaian E-Hailing bagi memudahkan urusan seharian anda!
BAS MUAFAKAT JOHOR (BMJ)
Biasanya, mahasiswa HPTP akan menunggu kedatangan BMJ setiap hari pada Jam 11:20 sehingga 11:30 pagi di kawasan hentian berhadapan dengan kedai serbaneka 7 Eleven HPTP Pagoh.
Mahasiswa tidak memerlukan sebarang pas masuk atau kad identiti untuk menaiki BMJ sebaliknya, BMJ boleh dinaiki secara Walk-In-Bus di mana-mana hentian.
Antara destinasi yang ditawarkan oleh BMJ melalui laluan utama HPTP ialah Pejabat Pos Pagoh, Bank dan Terminal Bas Maharani di Muar.
Mudahnya balik ke kampung dan keluar ke bandar dengan adanya inisiatif BMJ!
Jangan lupa datang ke hentian utama pada masa yang tepat.
E-HAILING
CAPAIAN TANPA HAD?
Capaian E-Hailing di HPTP adalah terhad namun masih boleh dicapai pada bukan waktu puncak. Anda disarankan untuk memesan servis pengangkutan e-hailing berdasarkan kawasan yang lebih mudah dicari antaranya kawasan dobi HPTP dan bangunan kemudahan gunasama HPTP.
Harga untuk bergerak di sekitar HPTP pula ialah RM5-RM7, RM10-RM15 untuk ke kawasan sekitar seperti Pekan Pagoh dan Pagoh Jaya dan RM30-RM35 untuk ke Muar begitu juga sebaliknya.