Dianggarkan terletak 5.3 km daripada HPTP
Perjalanan ke sini mengambil masa 6 minit
Kedai Makan Kampung Jawa merupakan sebuah tempat yang sesuai untuk menikmati sarapan anda. Makanan yang dihidangkan menepati cita rasa dan bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Variasi hidangan sarapan yang pelbagai seperti roti canai, roti telur, nasi lemak dan lontong merupakan daya tarikan utama di kedai makan ini. Namun, perlu diingatkan kepada pengunjung bahawa kedai makan ini begitu popular sehingga makanannya sering laris terjual seawal jam 10 pagi. Jangan lambat nanti terlepas!