Dibuka setiap hari Isnin sehingga Sabtu, jam 12 tengah hari sehingga 10 malam
Terletak dalam anggaran 5 km atau 7 minit dari HPTP
📞013-682 9340
Laundry Cafe merupakan sebuah tempat yang membolehkan anda bersantai dan menikmati hidangan sambil menunggu pakaian siap dicuci. Cafe ini turut menyediakan bahan bacaan untuk pegunjung. Dekorasi cafe yang estetik menjadikan tempat ini sesuai untuk bergambar. Masa menunggu untuk makanan tiba tidaklah terlalu lama, namun, ruang makan yang disediakan adalah terhad. Sebagai maklumat tambahan, pengunjung disarankan untuk mendapatkan hidangan istimewa mereka iaitu Spaghetty Butter Lime dan Ice Chocolate.