Terletak kira-kira 5 km daripada Hub Pendidikan Tinggi Pagoh.
Perjalanan daripada HPTP ke Kagawa Grill mengambil masa anggaran 7 minit.
Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu, dari jam 11:30 pm sehingga 22:00
📞 019-776 0389
Bagi sesiapa yang belum pernah berkunjung ke Kagawa Grill, anda mungkin fikir restoran ini hanya menyajikan makanan western sahaja. Namun, restoran ini turut menghidangkan pelbagai variasi makanan termasuk makanan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Bukan itu sahaja, penggemar manisan pasti suka akan tempat ini kerana anda boleh mendapatkan hidangan pencuci mulut seperti pavlova, aneka kek dan sebagainya. Nikmati dekorasi berkonsepkan taman yang indah di samping menikmati sajian anda.