Terdapat 1 dewan serbaguna, 6 dewan auditorium dan 1 dewan konvesyen yang disediakan dalam kawasan Kemudahan Gunasama ini.
Dewan serbaguna digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti tempat untuk bermain badminton dan digunakan sebagai dewan peperiksaan. Dewan serbaguna ini boleh digunakan oleh semua pelajar untuk melakukan aktiviti mereka.
Dewan auditorium mempunyai 6 dewan yang boleh digunakan oleh semua pelajar. Dewan 1 sehingga 5 dapat memuatkan seramai 250 orang dalam satu dewan dan Dewan 6 dapat memuatkan seramai 500 orang dalam dewan tersebut. Pelajar yang ingin menempah dewan auditorium perlulah menghubungi Pejabat Pentadbiran dan Kewangan di talian 06- 974 2588 atau membuat permohonan untuk menempah dewan melalui atas talian di laman http://fms.hptp.edu.my/. Dewan Auditorium ini sering digunakan oleh pelajar untuk melakukan aktiviti seperti membuat persembahan teater.
Pelajar yang mempunyai stiker yang membenarkan pelajar membawa kenderaan dari Universiti masing-masing boleh menggunakan tempat letak kereta ini.
Dewan Konvesyen digunakan untuk aktiviti yang formal seperti majlis konvesyen dan Reboot Politeness.