Kolam renang mempunyai dua jenis iaitu kolam renang yang berperingkat mengikut kedalaman dan kolam renang untuk penerjun. Kolam renang yang berperingkat mempunyai tiga peringkat kedalaman iaitu 1.50M, 2.15M dan 2.80M. Kolam renang hanya boleh digunakan sekiranya pelajar membuat tempahan di One Stop Center Helpdesk. Tempahan hendaklah dibuat dalam tempoh 1 hari bekerja dan untuk sebarang Aktiviti Rasmi, tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 5 hari bekerja sebelum tarikh tempahan.
Jadual renang dibahagikan mengikut jantina dan universiti masing-masing. Hal ini kerana untuk mengelakkan daripada lelaki dan perempuan menggunakan kolam renang pada masa yang sama. Pelajar dikehendaki untuk melihat jadual ini sebelum membuat tempahan.
Di bahagian atas, kolam renang ini sesuai untuk pelajar yang baru belajar untuk berenang.
Di bahagian bawah, kolam renang ini sesuai untuk perenang yang handal.
Bahagian kolam renang ini sesuai digunakan untuk penerjun.