Unit Sumber Manusia ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 dan dibantu oleh seorang Ketua Pembantu Tadbir Gred N22. Unit ini bertanggungjawab melaksanakan pelbagai fungsi termasuk Perkhidmatan, Perjawatan, HRMIS dan e-Profile. Unit ini juga berfungsi memastikan perancangan sumber manusia yang strategik, efisien dan memaksimumkan sumber manusia yang ada.