Keselamatan Hospital
Unit ini diketuai oleh Penolong Pegawai Keselamatan KP32. Fungsi utama ialah memastikan kesematan hospital meliputi keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi terjamin. Pelaksanaan kerja adalah juga merujuk Arahan Keselamatan sebagaimana termaktub digariskan oleh Pejabat Pegawai Keselamatan Kerajaan dari semasa ke semasa.
Bagi memastikan keselamatan hospital di tahap yang terbaik, syarikat kawalan keselamatan swasta telah dilantik yang mana perkhidmatan pengawal kesleamatan ditempatkan di setiap jabatan/unit. Kualiti dan perkhidmatan yang diberikan akan dipantau secara harian/bulanan oleh Penolong Pegawai Keselamatan Hospital.