EVOLUSI HOSPITAL SULTANAH NORA ISMAIL, BATU PAHAT
1894-1994
Sejarah Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat bermula dengan pembinaan Rumah Sakit Batu Pahat di Simpang Rantai pada tahun 1894. Kemudiannya hospital ini telah dipindahkan ke tapak baru di Jalan Kluang pada tahun 1914 dan beroperasi sehingga tahun 1994. Perpindahan ke lokasi baru Ini bagi menampung keperluan masyarakat setempat yang semakin meningkat. Pembinaan hospital di Jalan Kluang ini telah dilaksanakan di atas lot tanah seluas 44.3 hektar melalui MTA (Mid Term Agreement-RML) dengan melibatkan kos sebanyak RM 90.47 juta dibawah peruntukan Rancangan Malaysia Keenam.
Upacara pecah tanah telah dilakukan pada 14 Ogos 1990 oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu YAB Tun Ghafar Baba. Pembinaan hospital ini dimulakan pada tahun 1991 dengan berkonsepkan nukleus yang merupakan sebuah Projek Turnkey. Pembinaan yang dilaksanakan oleh Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay/John Laing International Limited ini telah siap sepenuhnya pada bulan Ogos 1994. Perpindahan perkhidmatan dari bangunan lama hospital di Jalan Kluang ke bangunan sedia ada telah dilakukan pada 12 November 1994.
1994-2012
Perkembangan pesat daerah Batu Pahat dan penduduk yang kian meningkat memerlukan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan meluas. Sehubungan itu, Hospital Batu Pahat telah mengorak langkah menaik taraf perkhidmatan yang diberikan dengan perancangan tambahan bangunan baru untuk memastikan matlamat menawarkan perkhidmatan terbaik dapat dilaksanakan.
VISI
Komited ke arah kecemerlangan perkhidmatan perawatan pesakit
MISI
1. Menyediakan prasarana rawatan yang selamat melalui perkhidmatan kepakaran sejajar dengan teknologi.
2. Perawatan pesakit diberikan oleh anggota yang kompeten.
3. Mengamalkan sikap berintegriti dalam melindungi hak dan maruah pelanggan.
4. Menyampaikan perkhidmatan melalui semangat kerja berpasukan, penyayang dan profesional dalam mengutamakan kepuasan pelanggan.
5. Menggunapakai amalan kerja yang bernilai tambah melalui penambahbaikan berterusan kepada pelanggan.
OBJEKTIF
Memberikan perkhidmatan penentuan, perawatan dan pemulihan yang bermutu tinggi dengan cekap dan berkesan kepada pesakit luar dan dalam yang memerlukan rawatan bagi menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kesakitan bagi mencapai pemulihan yang awal dan maksima.
1. Setiap pesakit akan diberi rawatan perubatan sewajarnya yang berkualiti di Hospital ini.
2. Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di Hospital ini akan dirujuk ke Hospital lain yang sesuai.
3. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, sopan santun, jujur dan ikhlas.
4. Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
5. Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
DASAR KUALITI
HOSPITAL SULTANAH NORA ISMAIL,
BATU PAHAT
CARTA ORGANISASI HOSPITAL SULTANAH NORA ISMAIL BATU PAHAT, JOHOR
Timbalan Pengarah (Perubatan)
PENGARAH HOSPITAL
Timbalan Pengarah (Pengurusan)
Hospital Sultanah Nora Ismail was built in the Sixth Malaysia Plan in 1991 and initiated the concept of hospital nucleus. Transfer service to the hospital was made on 12 November 1994. From this date, Hospital Batu Pahat has been operating in the scope of patient care services, emergency and outpatient treatment with capacity of 314 beds, which is only a difference of 310 beds in the hospital longer.