UNIT KEWANGAN DAN HASIL
Latar belakang Unit dan Perkhidmatan yang dilaksanakan
Unit Kewangan dan Hasil merupakan sebahagian daripada Pengurusan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI). Unit Kewangan dan Hasil HSNI juga menguruskan fungsi kewangan dan hasil bagi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pejabat Pergigian Daerah (PPD) mulai tahun 2011 melalui program penyatuan pusat tanggungjawab (PTJ).
Pada tahun 2018, Unit Kewangan telah menggunapakai sistem perakaunan yang terbaru iaitu iGFMAS bagi menggantikan sistem eSPKB. Sistem terbaharu ini telah banyak menyumbang kepada kecekapan penyampaian perkhidmatan kewangan kepada pemegang taruh (stakeholders).
Unit Kewangan dan Hasil adalah bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan hasil seperti :
• Menyediakan anggaran perbelanjaan mengurus tahunan jabatan
• Mengawal dan memantau peruntukan dan perbelanjaan tahunan Hospital.
• Memproses bayaran-bayaran bagi :
• Gaji
• Pesanan Tempatan
• Kontrak-kontrak kerajaan
• Waran Udara
• Tuntutan-tuntutan, dan
• Bil-bil
• Menguruskan kutipan hasil Hospital dan perlaksanaan peraturan caj rawatan perubatan di Kaunter Hasil, Kaunter Klinik Pakar dan Bilik Daftar Masuk dan Kaunter Kecemasan.
• Menguruskan kutipan hasil dan kemasukan kutipan hasil ke bank.
• Memastikan prestasi kutipan hasil bil Hospital selaras dengan arahan Kementerian.
• Memantau tunggakan hasil bil hospital dan pengeluaran surat-surat peringatan.