UNIT PEMBANGUNAN HSNI
Pengenalan
Unit Pembangunan Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat ini diselia oleh satu (1) Penolong Pegawai Tadbir Gred N32 yang bertanggungjawab memastikan urusan pembangunan hospital dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Unit ini turut dibantu oleh satu (1) Ketua Pembantu Tadbir dan dua (2) Pembantu Tadbir.
Selain itu, unit ini juga merupakan unit yang bertanggungjawab dalam membantu pengurusan aset alih dan tidak alih di peringkat hospital. Pelaksanaan arahan oleh unit ini adalah berdasarkan Perintah Am, Arahan Perbendaharaan serta pekeliling yang berkuatkuasa.
2. Objektif
a. Memastikan pengurusan aset di jabatan dilaksanakan mengikut Pekeliling Perbendaharaan (1PP)
b. Memastikan pengurusan projek di jabatan dilaksanakan mengikut garis panduan dan pekeliling yang berkuatkuasa
c. Memastikan anggota memahami peraturan dan pekeliling yang berkuatkuasa dalam menguruskan pengurusan aset dan projek di jabatan agar lebih cekap dan efisyen.
3. Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Secara umumnya Unit Pembangunan bertanggungjawab menguruskan :
i. Semua permohonan projek kecil/naiktaraf atau pembaikan dibawah peruntukan BP00600, BP00900 dan Rancangan Malaysia.
ii. Mengurus dan membantu memantau perjalanan projek yang melibatkan projek kecil/naiktaraf atau pembaikan dibawah peruntukan BP00600, BP00900 dan Rancangan Malaysia
iii. Menguruskan semua urusan melibatkan pengurusan tanah KKM di peringkat hospital seperti urusan pengambilan balik tanah, penyerahan sebahagian tanah, dan lain-lain
iv. Membantu menguruskan permohonan aset perubatan dan bukan perubatan di peringkat hospital.
v. Menguruskan semua sesi Pengujian dan Pentauliahan yang melibatkan projek dibawah peruntukan BP00600, BP00900 dan Tender diperingkat KKM serta perolehan aset hospital.
vi. Membantu dalam pengurusan Aset Alih Kerajaan diperingkat hospital.
vii. Membantu dalam pengurusan Aset Tidak Alih Kerajaan diperingkat hospital.
viii. Membantu dalam menguruskan program-program dibawah Program Kejuruteraan diperingkat hospital iaitu Sustainability Programme (SP), Program Peningkatan dan Kebersihan Tandas Awam, Jawatankuasa Validasi dan Penswastaan Hospital.