Pengenalan / Fungsi
Bahagian Pengurusan Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat merangkumi (tujuh) 7 fungsi utama iaitu Pentadbiran, Pembangunan Sumber Manusia, Kewangan & Hasil (termasuk Pengurusan Aset dan Perolehan), Pembangunan, Perhubungan Awam, Keselamatan dan Hal Ehwal Islam. Bahagian ini diterajui oleh Ketua Bahagian Pengurusan iaitu Pegawai Tadbir & Diplomatik Gred M44.
Bahagian Pengurusan HSNI juga terlibat secara langsung bermula pada Oktober 2011 dalam Program Penyatuan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Daerah Batu Pahat yang melibatkan Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat sebagai PTJ dan Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat, Pejabat Pergigian Daerah Batu Pahat dan Kolej Jururawat Masyarakat Batu Pahat selaku Pusat Kos. Walaubagaimanapun Kolej Jururawat Masyarakat Batu Pahat tidak lagi menyertai program ini sejak Februari 2014.
PENTADBIRAN
Unit Pentadbiran ini diselia oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N32 dan dibantu oleh Ketua Pembantu Tadbir Gred N22 yang bertanggungjawab memastikan keperluan dan kemudahan anggota juga orang awam disedia dan beroperasi dengan baik bagi kelancaran pengurusan hospital.