Unit Perhubungan Awam
Unit Perhubungan Awam diwujudkan bagi mengendalikan dan menyelesaikan aduan awam oleh pelanggan-pelanggan hospital. Unit ini berfungsi mengendalikan urusan lawatan dalam dan luar negeri, urusan penggambaran, urusan pelancaran dan perasmian, urusan logistik dan kelancaran PABX. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Penerangan S27 dan 9 anggota Pegawai Khidmat Pelanggan N17.
Lokasi Unit Perhubungan Awam berada di Bilik Waja, Pejabat Pentadbiran Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).
Perkhidmatan Pelanggan
Pelaksanaan perkhidmatan pelanggan di HSNI berpandukan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2008. Bagi pengendalian urusan pelanggan yang berkesan HSNI mewujudkan 2 kaunter utama iaitu Inforia di Blok A dan Kaunter Utama di Blok B. Perkhidmatan kaunter ini untuk menyalurkan maklumat kepada pelanggan/ pesakit, tunjuk arah, pengumuman umum, penyelesaian aduan mudah di samping menyediakan kemudahan untuk kegunaan semua pihak seperti perkhidmatan kerusi roda.
Selain itu, Pegawai Khidmat Pelanggan turut bertanggungjawab mengendalikan sistem PABX dalam memastikan perhubungan antara pihak luar dan jabatan/unit HSNI sistematik serta berkeadaan baik.
Perkhidmatan pelanggan juga merangkumi perkhidmatan Perhubungan Pesakit di Klinik-klinik Pakar yang kini dikendalikan oleh Pegawai Khidmat Pelanggan (Kontrak). Perkhidmatan ini disediakan bagi mengenalpasti pesakit yang memerlukan rawatan segera diberi keutamaan, mengendalikan dengan cekap dan ramah mesra semua pesakit / pelanggan yang berurusan di Klinik Pakar, memberikan penerangan terhadap pesakit / pelanggan secara am tentang proses perawatan sekiranya perlu serta melancarkan perkhidmatan Klinik Pakar yang sentiasa dikunjungi oleh ramai pesakit luaran merangkumi daerah Batu Pahat, Yong Peng, Muar, Segamat dan Pontian.
Jawatankuasa Aduan Awam
Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi mengendalikan aduan awam secara khusus dan Unit ini dipertanggungjawabkan bagi menyelaras aduan yang diterina dengan cekap, adil dan berkesan berdasarkan Garispanduan Pengendalian Aduan dan kes Medikolegal KKM Mac 2007 dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2009 (penambahbaikan proses pengurusan aduan awam) .