PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARA ABAD KE-21 DALAM PROGRAM  INKULISF


Ciri-ciri pembelajaran abad ke-21

1. Berpusatkan murid

 a. Murid berperanan penting, guru sebagai pembimbing

 b. Meletakkan minat murid sebagai keutamaan

 

2. Penggunaan komputer

a. Alat penting untuk kelas abad ke-21

b. Sangat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran

 

3. Pembelajaran aktif

Penglibatan yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer.

 

4. Pembelajaran kendiri

Kelas masih boleh berfungsi dengan pelbagai aras pembelajaran.

 

5. Persekitaran yang kondusif

 a. Tidak terlalu sesat

b. Peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan LCD projektor.


6.Murid faham dan mematuhi arahan

 a. Pembelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun.

b. Peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan murid sentiasa berada pada landasan yang betul


7. Saling hormat menghormati

a. Perlu hormat menghormati antara guru dan murid.

b. Guru perlu menggalakkan murid berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka.

c. Murid perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas.


9. Penilaian berasaskan pencapaian

 Guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja.

 

10. Pembelajaran kolaboratif

Pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran.

 

11. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

 Dalam KSSR salah satunya keperluan pengetahuan, murid dididik supaya lebih berpengetahuan dalam semua bidang dan bukannya tertumpu pada satu bidang sahaja, contoh bidang sastera merentas bidang sains supaya dapat melahirkan murid yang berpengetahuan dalam semua bidang.

 

12. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

 Dapat melahirkan murid yang berfikir secara kritis dan kreatif supaya generasi yang dilahirkan mampu dan berupaya menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan berani serta yakin.