DEFINISI KAEDAH KONVENSIONAL
Kaedah pembelajaran konvensional adalah kaedah pengajaran tradisional atau disebut juga dengan kaedah ceramah kerana sejak dulu lagi kaedah ini telah digunakan sebagai alat komunikasi lisan antara guru dengan murid dalam proses pembelajaran dan pemudahcara (PdPc)
Kaedah konvensional merupakan kaedah yang memfokuskan kepada kaedah kuliah berbentuk penyampaian maklumat dan idea secara lisan oleh pendidik kepada para murid.
APAKAH KAEDAH KONVENSIONAL SESUAI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBALAJARAN HARI INI ?
Kaedah konvensioal biasanya dilakukan secara satu hala di mana hanya guru yang akan menyampaikan maklumat pengajaran dan murid hanya perlu menerima perkara yang di ajar.
Implikasi daripada kaedah ini adalah, murid akan berasa bosan dan mengantuk seterusnya tidak dapat fokus dalam kelas
Model ini sebenarnya sudah kurang sesuai untuk digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran pada hari ini. Namun begitu, usaha untuk mengubah sesuatu sistem pendidikan tidak boleh dilakukan secara drastik.
SOALAN:Pada pendapat anda,Apakah cara yang terbaik bagi seorang guru dalam melaksanakan kaedah konvensional agar murid tidak berasa bosan?