PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARA ABAD KE-21 DALAM PROGRAM  INKULISF

Proses pembelajaran abad ke-21 lebih memusatkan murid dimana pengajaran dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah mengikut kesesuaian pelbagai aktiviti. Guru mengajar murid secara praktikal supaya melatih murid berfikir secara aras tinggi. Pentaksiran bersifat formatif dapat dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah serta dalam pelbagai keadaan.

Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras pembelajaran abad ke- 21 yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia selaras dengan transformasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Pembelajaran abad ke-21 ini berhasrat untuk melahirkan murid yang intelek pemikiran kreatif dan kritis, fleksibel, tidak muda berputus asa, dahaga ilmu, menjana pemikiran beraras tinggi, berani bertanya, yakin dalam komunikasi, kerjasama dan juga berkolaboratif.

Selain itu, pembelajaran abad ke-21 mempunyai ciri-ciri kreatif, kritis, komunikasi dan kolaboratif. Murid yang belajar di bawah pembelajaran abad ke-21 mempunyai kemahiran pembelajaran dan berinovasi, berkemahiran teknologi, maklumat dan media serta kemahiran hidup dan kerjaya.


APAKAH PENDIDIKAN ABAD KE- 21 ?

Definisi pembelajaran abad ke-21 adalah proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika yang digariskan dalam PPPM 2013-2025 supaya warga Malaysia mampu bersaing dan dapat menangani cabaran di peringkat global.

Pendidikan kelas abad ke-21 memfokuskan tiga komponen utama, iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan atau kurikulum. Semua elemen dalam pembelajaran abad ke-21 ini terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025



Contoh susun atur  kerusi dan meja  Pendidikan Abad Ke-21

Susun atur ini menggalakan pelajar belajar dalam kumpulan bagi menjana pemikiran yang kreatif dan kritis.