KAEDAH MENGAJAR BAGI KANAK-KANAK BERKETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN
Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM)
KTBM yang dahulunya dikenali sebagai Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT)
Diperkenalkan pada tahun 1978 hasil "ciptaan" Jawatankuasa Kerja Komunikasi Seluruh yang dipengerusikan oleh Prof. Asmah Hj. Omar dan dianggotai oleh para pendidik kanak-kanak pekak.
KTBM diwujudkan menurut asas-asas tatabahasa daripada prinsip-prinsip Bahasa Malaysia sebagaimana yang didengar, dituturkan, dituliskan, dibaca dan difahami oleh pengguna-pengguna Bahasa Malaysia.
Pada tahun 1984, satu kajian telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan untuk membukukan KTBM
Kod-kod yang berjumlah 1612 telah dibukukan dan diterbitkan pada tahun 1985 dengan judul Komunikasi Seluruh Bahasa Malaysia Kod Tangan Jilid 1.
Tujuan pembukuan kod-kod tersebut adalah untuk menampung keperluan perkembangan pendidikan dan pengetahuan kepada kanak-kanak berketidakupayaan pendengaran dari semasa ke semasa.
Pada hujung tahun 1985, Kementerian Pendidikan telah menubuhkan ahli jawatankuasa bagi Pendidikan Agama Islam untuk membincangkan masalah Kod Tangan Agama Islam
Pada 1985 satu jawatankuasa Kerja Penyelaras Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan telah bertindak sebagai penyelaras kepada penggubalan kod-kod KTBM
Pertuturan Kiu (CUED-SPEECH)
Kaedah ini diperkenalkan pada tahun 1992 berdasarkan pekeliling bahagian sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bilangan KP (BS-KP) 8501/R & D/Jld (1)/(4) yang telah dilaksanakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Alam Shah (2) Petaling Jaya, Selangor.
Kaedah ini menggabungkan pertuturan dan isyarat (kiu) serentak.
Pertuturan
Kaedah ini memerlukan orang pekak menuturkan bahasa seperti manusia normal.
Pertuturan membabitkan sistem fonetik, morfologi, dan sintaksis.
Kaedah ini sukar dilakukan oleh orang yang mempunyai masalah ketidakupayaan pendengaran kerana masalah ini mempengaruhi penerimaan bunyi dan memberi impak kepada penghasilan sebutan.
Bacaan Bibir
Kaedah ini memerlukan murid untuk melihat dan membaca setiap pergerakan bibir orang yang bercakap dan mengaitkannya dengan kata yang diucapkan.
Dalam hal ini mata memainkan peranan sebagai telinga untuk mendengar dan untuk membaca bibir seseorang itu seperti orang normal mendengar bunyi suara dan membaca perkara yang tertulis di atas kertas.
Ejaan Jari
Kaedah ini ini mewajibkan seseorang untuk menguasai abjad dan mengeja setiap perkataan yang hendak diperkatakan.
Oleh itu setiap kosa kata perlu dieja dengan betul dan cekap supaya komunikasi dapat berlaku.