DEFINISI PEMBELAJARAN DAN PEMUDAH CARA
Pembelajaran adalah proses bagi para murid untuk belajar sesuatu yang diajar oleh guru sama ada dengan lebih baik atau tidak. Kualiti sesuatu pembelajaran itu bergantung kepada kedua-dua pihak juga iaitu guru dan murid itu sendiri.
Menurut Aimi Hafizah Fadzilah (2017) pembelajaran adalah keupayaan untuk mendidik diri sendiri. Pembelajaran sebenarnya tertumpu kepada bagaimana seseorang mendidik dirinya sendiri.
Menurut Nazirah Hamdan (2017) pembelajaran menggunakan kaedah asas pendidikan atau teori pelajaran merupakan penentu utama keberhasilan sesuatu pendidikan .
Pembelajaran juga merupakan suatu bentuk komunikasi dua hala di mana guru sebagai pendidik dan murid sebagai pembelajar.
Untuk menguji kefahaman anda ,sila jawab quiz di pautan yang disediakan dibawah :