JENIS-JENIS PENGAJARAN DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF
Pengajaran terancang matematik untuk pendidikan inklusif
Pengajaran terancang matematik bagi murid berkeperluan khas, mereka lebih didedahkan kepada konsep asas Matematik sahaja.
fokus awal terhadap subjek Matematik bagi murid pendidikan inklusif adalah:
kemahiran mengenal nombor
membilang angka yang mudah dan ringkas
mengira angka yang mudah dan ringkas
Guru-guru boleh mengadakan atau melakukan aktiviti pengiraan atau permainan matematik menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) untk menarik murid pendidikan inklusif
Permainan Matematik yang dimaksudkan ini sebagai contoh:
Apabila guru ingin mengajar tajuk "Jam" atau "Waktu", guru-guru boleh menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) seperti jam yang telah direka sendiri dan dihiaskan dengan pelbagai warna
Murid-murid diberi peluang untuk mencuba dan menentukan sendiri waktu menggunakan BBM tersebut
kumpulan murid yang berjaya menjawab dengan betul akan mendapat markah yang paling tinggi dan dijadikan contoh kepada rakan kelas yang lain dan diberi pujian
Cara ini bertujuan untuk menarik minat dan perhatian murid pendidikan inklusif terhadap subjek Matematik.