JENIS-JENIS PENGAJARAN DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF
Pengajaran terancang Bahasa Melayu untuk pendidikan inklusif
Perancangan Terancang Bahasa Malaysia untuk Pendidikan Inklusif di susun mengikut tiga aras pembelajaran murid untuk membantu guru melaksanakan tugas pengajaran mengikut Kurikulum Bahasa Melayu Pendidikan Khas.
Penentuan aras pembelajaran dibuat berdasarkan kebolehan murid dengan menggunakan Senarai Penunjuk Akademik Kanak-kanak Kurang Keupayaan Mental iaiatu:
bacaan
ejaan
verbal
motor
Murid yang memperoleh skor 16 hingga 20 dicadangkan mengikuti pelajaran berdasarkan rancangan pelajaran Aras 1 (rendah)
Murid yang memperoleh Skor 11 hingga 15 dicadangkan menggunakan rancangan pelajaran Aras 2 (sederhana)
Murid yang memperoleh skor 0 hingga 10 dicadangkan menggunakan rancangan pelajaran Aras 3 (tinggi).
Rancangan pelajaran yang disediakan memakan masa selama 30 minit setiap pelajaran yang mengandungi induksi set, langkah pengajaran dan pembelajaran, dan penutup.
Ilmu pengetahuan yang disampaikan dipilih berdasarkan empat tema utama yang wajar dikuasai oleh murid berkenaan, iaitu:
topik yang berkaitan pengenalan diri
sosial yang berkaitan peranan individu dan orang lain
tempat yang berkaitan konsep ruang
peranan psikologikal yang meliputi hak individu dan hak sosial
Sudut persembahan pula, isi pelajaran disusun dalam empat tahap pemahaman, iaitu:
pengalaman ingatan
pemikiran kritikal
kemahiran integratif
kemahiran evaluatif yang melibatkan ketiga-tiga aras pembelajaran.
Rancangan pelajaran perlu sesuai dengan tahap keupayaan kognitif murid serta keperluan menggunakan teknik yang pelbagai bagi menarik minat, mengekalkan tumpuan dan memudahkan pemahaman mereka.
Kreativiti guru dalam mempelbagaikan teknik penyampaian melalui penggunaan alat dan sumber pembelajaran yang pelbagai sangat diperlukan bagi mengelakkan kebosanan murid terhadap pelajaran.
Contoh pengajaran terancang Bahasa Melayu dengan pendidikan inklusif