LOGO SUPERCONDUCTOR AND THIN FILMS LABORATORY
SSSS
LOGO UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Logo UPM yang ringkas melambangkan tradisi, falsafah dan visi baharu Universiti.
Asas logo terbina daripada bentuk perisai yang secara tradisinya melambangkan prinsip, kemantapan dan penjagaan martabat ilmu untuk kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat.
Bentuk titisan air merupakan simbolik kepada komitmen universiti untuk memelihara alam sekitar. Air juga adalah sebagai asas kehidupan sebagaimana juga ilmu adalah sebagai asas untuk mencapai kemajuan manusia.
Garisan kecil di tengah melambangkan wawasan universiti yang sentiasa ke hadapan.
Tiga (3) garisan di kiri dan di kanan ialah simbol dahan yang melambangkan kepentingan pertanian dalam kelestarian kehidupan dan kemakmuran manusia yang merupakan tumpuan dan kekuatan UPM.
Tiga (3) garisan itu juga membawa maksud tiga (3) fungsi utama Universiti, iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.
Buku yang berada di sebelah atas melambangkan keunggulan Universiti sebagai gapura yang menjunjung, menjana dan meneroka ilmu untuk kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat.
Warna merah melambangkan dinamisme kepada tradisi perjuangan ilmu dan juga semangat perintis, keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran.
Warna putih melambangkan keikhlasan dan ketelusan.
Warna kelabu melambangkan keneutralan, keluwesan dan ketekalan.
Kombinasi warna merah, kelabu dan putih bermaksud keharmonian, kestabilan, keceriaan, kematangan dan dinamisme.
Konsep bentuk perisai ini diperkukuh dengan huruf 'UPM' yang menjadi singkatan kepada Universiti Putra Malaysia.
LOGO RASMI SAMBUTAN PERAYAAN JUBLI EMAS UPM SEMPENA 50 TAHUN PENUBUHAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SEBAGAI UNIVERSITI
Pada tahun 2021 UPM meraikan Sambutan Perayaan Jubli Emas UPM sempena 50 Tahun Penubuhan Universiti Putra Malaysia sebagai universiti.
Rasional Logo
Warna Emas melambangkan 50 tahun kegemilangan UPM sebagai menara ilmu ke arah kemakmuran negara dan kesejahteraan masyarakat.
Warna Kelabu melambangkan keneutralan, keluwesan dan ketekalan.
Warna Merah melambangkan dinamisme kepada tradisi perjuangan ilmu dan juga semangat perintis, keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran.
Garisan 3 melengkung di tengah melambangkan wawasan universiti yang sentiasa ke hadapan dan juga membawa maksud tiga fungsi utama universiti iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan. Bentuk bulatan ibarat sebuah institusi yang bergerak dengan pantas dan konsisten.
Pelepah daun Palma Serdang yang segar dan mekar di kiri ialah simbol dahan yang melambangkan kepelbagaian bidang dan rumpun warga UPM serta kepentingan pertanian dalam kelangsungan kehidupan dan kemakmuran manusia yang merupakan tumpuan kekuatan UPM seiring Pelan Strategik UPM.
Kombinasi warna Emas, Hijau, Merah, Kelabu dan Putih bermaksud keharmonian, kestabilan, keceriaan, kematangan dan dinamisme kekal sehingga kini di usia 50 tahun dalam sistem pendidikan tinggi.
Gimik Perasmian dan Penutupan Karnival PUTRA @ SERDANG | LONJAKAN FIZIK 2020 | SMK DESA SERDANG
Alhamdulillah, we managed to make the opening gimmick for Karnival Putra @ Serdang at Smk Desa Serdang. Congratulations and thanks to all STFLab members.