SEJARAH SEKOLAH
Dirasmikan pada 29 November 1964 oleh DYMM Tunku Bendahara Kedah, Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Ditukar nama menjadi Sekolah Menegah Jitra (SMJ) pada tahun 1966 dengan sistem pendidikan baru, aliran Melayu dan Inggeris. Pada tahun 1997, mendapat nama rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra (SMK Jitra).
Lokasi SMK Jitra amat strategik. Terletak di laluan utama Pekan Jitra dan berhampiran pusat pengajian tinggi seperti IPDA, IAB, POLIMAS, ILP, Kolej Komuniti dan Universiti Utara Malaysia. SMK Jitra juga telah mendapat pelbagai anugerah dan gelaran sehingga ke peringkat kebangsaan dan telah menjadikan SMK Jitra sebagai salah sebuah sekolah elit di Kedah. Antara gelaran dan anugerah yang dimenangi SMK Jitra ialah Sekolah Bestari, Sekolah Premier, Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan, Calon Sekolah Kluster, Naib Johan Sekolah Harapan Negara dan banyak lagi.
VISI SEKOLAH
SMK Jitra cemerlang di peringkat antarabangsa 2025
MISI SEKOLAH
Mewujudkan Pendidikan cemerlang bertaraf dunia bagi melahirkan generasi perkasa melalui budaya kerja yang berkualiti dan berteraskan falsafah Pendidikan kebangsaan.
PIAGAM SEKOLAH
BAHAWASANYA KAMI SELURUH KELUARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JITRA DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA, KOMITMEN DAN USAHA KAMI BAGI MENJAYAKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT:
MURID
1. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berkualiti dalam tempoh 5 minit waktu jadual bermula selaras tuntutan PAK21 mengikut sukatan KSSM dan seterusnya meningkatkan pencapaian prestasi SPM dan STPM.
2. Memastikan aktiviti pengukuhan menerusi latihan dipantau, disemak dan dikembalikan dalam tempoh 14 hari.
3. Meningkatkan prestasi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar ke tahap yang membanggakan di samping memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
4. Memastikan keberadaan guru bersama pelajar dalam semua aktiviti sekolah.
GURU DAN KAKITANGAN
5. Memastikan segala keperluan asas prasarana pendidikan disediakan dengan sempurna untuk melancarkan 30 minit/ 1 jam proses pengajaran dan pembelajaran.
6. Menyediakan ruang bekerja yang kondusif di pejabat/ bilik guru/ kelas untuk mewujudkan kesediaan bekerja guru dan kakitangan.
7. Memproses dan menghantar semua urusan perjawatan, gaji dan pencen guru serta kakitangan sekolah ke PPD/ JPN/ KPM pada masa yang ditetapkan.
8. Memastikan Buku Rekod Mengajar yang disemak dan disahkan dikembalikan dalam tempoh 1 hari selepas diserahkan.
WARIS (IBU BAPA /PENJAGA)
9. Sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang adil, mesra dan berbudi bahasa kepada setiap waris yang berurusan dengan sekolah.
10. Memastikan sekolah bersedia menyiasat dan memberi maklumbalas dalam tempoh 1 minggu aduan diterima.
11. Mengadakan dialog prestasi waris 1 bulan selepas pentaksiran/ peperiksaan dilaksanakan ke arah kecemerlangan pelajar seiring dengan harapan dan cita-cita waris. 12. Memastikan maklumat aktiviti/ program dalam dan luar sekolah dimaklumkan melalui surat siaran sekolah sebelum dilaksanakan
KPM / JPN / PPD DAN KOMUNITI
13. Memastikan maklumat/ data yang dihantar lengkap, cepat, tepat dan terkini dan setiap arahan pihak KPM/ JPN/ PPD diambil tindakan mengikut tarikh surat yang diterima.
14. Sentiasa menjalin interaksi dengan masyarakat dan komuniti sosial yang lain ke arah kemajuan dan perkembangan sekolah.
15. Memberi kerjasama dan menjalin hubungan erat dengan KPM/ JPN/ PPD dalam semua program yang dianjurkan.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
LAGU SEKOLAH
"ILMU PANDUAN HIDUP"
Bangunlah para warga
Berazam ingin maju
Pastikanlah berilmu
Kerana masa muka
Cekalkanlah berkembara
Bertekad jayapasti
Untuk nusa dan bangsa
Bukti cinta abadi
Duhai warga belia
Bersamalah berbakti
Bina tradisi murni
SMKJ takhta jaya
Berilmu dan berjasa
Berdisiplin bersatu
Tegakkan cita-cita
Ilmu panduan hidup